Wednesday, March 27, 2013

nak gunting besar ke gunting kecik?


Salam Bahagia.

Minggu lepas balik kampung. Destinasi utama tak kira waktu. Along buat kenduri tahlil dan doa selamat untuk birthday Shasha dan Mak Uda Ina. Shasha 20/3. Mak Uda 23/3/13. Sorang lagi yang akan menumpang tarikh birthday yang sama adalah our new anak sedara. Saat entry ini ditulis masih no nama. Baby girl atok yang ke 8. Cucu atok yang ke 18. Baby sulong Mak Usu Miza.

Entry yang lepas dah ada gambar2 baby kat sini.  Mak lah orang yang paling kalut dan tak senang duduk. Sebab Miza anak bongsu memang rapat ngan mak. Sebab Miza nak bersalin anak pertama mak serba tak kena.

Hampir seminggu Miza di hospital KKB mak datang mengulang. Bila Miza di hantar ke Hosp. Selayang mak lagi lah 'melayang2'. Serba tak kena. Bimbang hati seorang ibu. Tapi aku tahu dalam hati mak tetap berdoa semuanya selamat.

Sampaikan mak nak goreng ikan mak nak tambah minyak dalam kuali panas bila mak tengok minyaknya sikit. Tak cukup. Entah macamana bukan minyak masak yang mak curah dalam kuali tapi mak curah air! Apa lagi..memercik, berhambur2lah air bercampur minyak. Alahai mak...

Malam sebelum Aja bersalin mak tak lena tidur. Keadaan dirasa panas! Bila dapat call dari Aja bagi tau dia dah bersalin mak tak lepas2 mengucap syukur dan terus buat solat malam dan solat syukur. Alahai...untungnya masih ada mak.

Kenduri tahlil dan doa selamat semuanya dan selesai. Nanti kita tunggu kenduri cukur jambul/aqiqah untuk gegirl pula. Yeayyy!...nak tayang gambar2 masa kenduri ari tu. 

lauk pauk yang simple tapi sedap!













trademark Along ni..sagu gula melaka.








Mak Ngah's family - cousin2 aku lah ni.



walau makan apa pun kicap mesti tetap ada.




Cik Ali, Cik Awin, Qistina dan Najwa.





with Along.




Birhtday girl...baby tua!...hihihi..





kek birthday..jauh mari dari Russia - Russian black and white cake. Resepi lihat di sini markisa@pdapor










cam biasa...gegirl sorang ni (Ipoh mali) yang selalu enterframe kat sini.



Aku tak tau Ain balik minggu lepas. Sampai2 kampong nampak kereta Alang dah ada. 

"Wah! Ain..balik kampong tak bagi tau mak ngah pun! Kalau tau mak ngah bawak coklat. Ada banyak coklat kat rumah tau"

"Ain ikut ayah lah. Ayah balik ain pun balik lah".


Tahun ni Ain dah masuk tadika. Cam biasa budak mulut becok cam dia ni selalu jadi tumpuan. Macam2 cerita pasal tadika dia.

"best tak sekolah?"

"best! ramai kawan2."

"sapa nama cikgu ain? dia garang tak?"

"cikgu Ani. Dia tak marah ain sebab ain budak baik (ialah tu..) Kalau cikgu marah ain, ain cakap dengan abah (abah - suami babysitter dia). Abah ain polis, nanti abah saman dia!"

Fuh!...takut aku dengor. (kau nak saman2 ni ikut sapa ni hah?)




kalau ain balik kampong bukan aku sorang je yang suka sakat dia. Uteh pun sama. Ingat lagi lepas kenduri arwah abah dulu aku sakat dia sampai dia menangis. Hihihi..'geram' tengok dia sebab apa yang aku cakap ada je jawapnya.

Ingat pasal cerita dia nak gunting2 mulut aku dulu? kat sini

ni sambungannya.

"nape ain nangis malam tadi?"

"biarlah!" dia paling tak suka kalau orang tanya pasal dia.

"ain nak susu ye?"

"suka hati kita lah!" 

" budak cantik tak boleh nangis. Ain kan dah besar"

"suka hati kita lah!. Eeeiii..mak ngah ni tak faham2 lah!"

"hah! menjawab!..orang cakap menjawab!" saje je nak tengok dia marah.

"mak ngah lah..menjawab!..menjawab!..ain gunting2 kang mulut tu. Nak gunting besar ke nak gunting kecik?!" sambil menjengilkan mata ke arah aku.

hah!

eeeiiii!!...aku rasa masa tu aku bukan sedang berhadapan  dengan budak umur 4 tahun tapi perempuan yang berumur 40 tahun!.

"ain lah menjawab. Mai sini mak ngah gunting2 pulak mulut ain".

"eeeiiii!!!...mak ngah ni jahat sangat lah!.." sambil menangis2 berlari tinggalkan aku.

Aku jahat sangat ke?






Monday, March 25, 2013

Selamat Datang gegirl...

Salam manis.

Saat manis bergelar seorang ibu untuk pertama kalinya akan diingati oleh setiap wanita. Walau pun masa tu dah lama berlalu tapi setiap kali tengok baby rasa seronok sangat.




Alhamdulillah, syukur... Mak Usu Aja dah selamat melahirkan seorang baby perempuan pada 23/03/2013 yang lalu. Bertambah seorang lagi cucu mak. Yang ini cucu yang ke 18. Memang riuh rendah lah rumah mak menyambut kedatangan baby baru yang comel lote ni..tembam macam Mak Usu masa kecik2 dulu gak.

Ok..gambar2 baby yang comel loteh tu...


hmmm..sedapnya kita tidur..








eh!..ada orang datang. Atok dan mak ngah lah..



mak ngah ni!..peluklah kita betul2. Macam nak jatuh je..


hah!..cam tu lah...


atok!..kita lapar lah..



atok tak percaya ke?..nanti kita jerit!...



laparrr...!!



laparrrrr!!


laparrrrrrrr!!!!!!


hmmm!...baru percaya!



nak letok namo gapo nih?



yeayyy!!...lets go home!...



a few weeks before...


Tahniah untuk Miza dan Abe Nun. Selamat menggalas amanah Allah ini. Selepas ni tidur mu tak akan selena dahulu lagi...hihihi...dengar khabor gegirl ni yang lahir kul 11.53pm suka tidur siang dan berjaga malam. Selamat berjaga malam!





وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَآ أَمۡوَٲلُڪُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar."- [Surah Al-Anfal 8: Ayat ke 28]

Tuesday, March 5, 2013

PEJUANG BANGSA PAHLAWAN IBUNDA

Assalammualaikum.

Sejak semalam hati sedikit beremosi. Semalam secara tidak sengaja aku menonton live siaran dari TUDM Subang ketibaan jenazah 2 anggota keselamatan yang gugur di Lahad Datu.

Sebelum ini aku dengar2 macam tu aje peristiwa yang berlaku di Lahad Datu. Bila aku sendiri yang melihat ketibaan jenazah disambut oleh ahli keluarga dan pihak2 atasan dalam pasukan keselamatan dalam suasana sedih hati tiba2 menjadi sangat sayu. Airmata terus mengalir laju. 

Gugurnya anak bangsa dalam mempertahankan maruah negara. Pemergian yang diratapi oleh ahli keluarga. Harimau mati meninggalkan belang, mereka mati meninggalkan nama. Jasa mereka akan tetap dikenang. Nama mereka terpahat dalam sejarah keberanian. Keberanian berada di barisan hadapan demi sebuah perjuangan untuk negara.

Takziah untuk seluruh keluarga perwira yang telah gugur mempertahankan Lahad Datu. Rakyat Malaysia pastinya akan sangat terhutang budi dan nyawa kepada anggota2 keselamatan yang telah gugur dan juga yang sedang menggalas senjata di sana ketika ini.




Harum namamu di persada negara seharum bunga kemboja di dinihari.



Di sini tanah air kita
di sini bermula
di sini berakhir
walau tanah sekangkang kera
tapi penuh azimat berganda

bersatulah
menghapus agenda tersemat
penuh dendam kesumat
sanggup menggadai negara 
dek nafsu yang bermaharajalela
rakyat menjadi mangsa

Di sini tanah kita
warisan zaman berzaman
kita genggam erat erat
kita pegang kuat kuat
kita peluk ketat ketat

Di sini tanah air kita
di sini bermula 
di sini berakhir
Malaysia ku...