Tuesday, September 11, 2012

BLOGLIST HASRUL HASSAN





Salam manis. 

Tuesday yang still blues..hahaha..teruk betul kan?

Hujung minggu camne? Masih padat dengan acara open house? Tak pe raya ada seminggu lagi.

Entry kali ini saje2 nak cuba nasib berada dalam 200 bloglist blogger hangat ini hasrulhassan kawannya Ben Ashari. Hasrul membuka peluang kepada semua blogger2 untuk berada di dalam senarai bloglist beliau yang akan disenaraikan untuk selama 3 bulan. 

Wah! kalau macam tu sekurang2nya blog kita akan ada pembaca yang singgah walaupun hanya seorang dua. Atleast ada kenalan baru. Sesiapa yang sudi boleh terus jadi rakan kita di alam maya ini.

Syarat2nya sila link kat nama hasrulhassan tu ye.

Sebenarnya aku sangat2 terhutang budi pada blog Hasrulhassan ini. Masa mula2 aku berblog dulu memang buta IT tapi semangat nak bersama2 generasi sekarang menerawang ke alam maya membuatkan aku tebal muka mengirim email pada hasrulhassan tanya macam2 pasal nak mulakan blog.

Alhamdulillah, dia seorang yang humble walaupun tak pernah bersua muka. Cepat je balas email aku. Beberapa tips yang dia bagi buat aku terharu. Dia juga merupakan follower pertama untuk blog aku dan dari blog dia juga beberapa blogger yang lain mula sudi menjadi rakan di alam maya ini. 

Masih ingat lagi blog bangkukosong.blogspot kalau tak silap aku nama blog dia sebelum ditukar ke blog sekarang. Ini entry lama dulu pasal blog bangkukoson g tu http://blogitarossi.blogspot.com/2011/03/bunch-of-thank-you.html


Terima kasih Hasrul. Kalau kita ikhlas Allah akan balas juga satu hari nanti.

Moga terus succes. Salam dari kak Ita (blogger kecik ni..)

"hidup ini memberi bukan meminta..."

Friday, September 7, 2012

Warna warni di Aidilfitri ..


Assalammualaikum. 

"Biar kulit segelap Almond London
asalkan hati seputih bersih Kuih Bangkit
Biar iman sekental Dodol
jangan senipis tempeyek
Biar jiwa selembut Bahulu
akhlak secantik Biskut Dahlia
senyumlah semanis Wajik
agar Raya anda penuh warna dan ceria..."




Masih lagi dalam mood raya. Sana sini rumah terbuka rasanya sampai habis Syawal ni. Ditambah dengan cuti umum yang bersambung2 menjadikan Syawal kali ni memang awesome!

Jemputan rumah terbuka, kenduri doa selamat dan kenduri kahwin buatkan my tummy tak karuan. Kena control gak. Nanti baju kebaya nyonya tak boleh pakai untuk dinner x smk nanti. Ahaks! ia lah tu...

Ini entry nak cite pasal raya hari tu. Aku belum melengkapkan lagi blog ni dengan cerita raya. Anak2 dah tak sabar nak tengok muka dorang kat dalam blog ni.

Ringkas2 je lah ye. Raya hari tu semua adik beradik pompuan berkumpul accept mak usu balik ganu rumah mertua dia. So kami masak ramai2. Dah lama tak masak ramai2 untuk raya. Memang seronok sebab  ada yang che'ngelat curi2 masa untuk berehat. Masak masa puasa memang besar dugaannya.

First of all..ambik itik dulu yang dah tempah. Lepas sembahyang Jumaat aku singgah kat Kg Melayu Sg Buloh nak ambik itik. Punya lah haru..itik baru nak tangkap! Baru nak sembelih dan kita orang terpaksa jadi saksi korban itik.

(28 Ramadhan 1433H)









Tak banyak pun. Dapat 2 ekoq je..janji lepas hajat abah nak makan rendang itik.



29 Ramadhan 1433H

Raya tanpa ketupat tak meriah. Masa ni baru lah ada yang nak belajar buat ketupat. 



Ketupat Pasar. Bentuk 4 segi.





Ketupat Satay. Lebih kurang macam ketupat pasar tapi lagi nipis dan tak de 'ekor'.




Ketupat Bawang. Ketupat ni yang paling susah nak buat. Tapi ketupat ni lah je yang aku tau buat. Ada juga yang panggil ketupat diamond.




(merah inai mak ngah...)


Berbuka puasa di hari terakhir Ramadhan. Tiba2 black out.  Nampak tak lilin2 yang masih menyala.



cucu2 Tok Tam dan Tok Teh ramai lelaki. Makan free style.



Malam Raya.


Takbir dari rumah ke rumah masih diamalkan. Rumah yang awal2 memang penuh tapi yang dah last2 tu tinggal 2 3 kerat je. Rezeki rumah orang yang terakhir dapat kain pelikat selai sorang. Nasib kau lah labu..













Pagi Raya 1 Syawal 1433H. 


Indah berseri wajah si puteri
selendang sutera kanda hadiahkan
anakanda menyusun sepuloh jari 
salah silap harap maafkan

Lemak manis isi kelapa
menanti kanda minum bersama
bermaafan sesama kita
di Aidilfitri yang mulia


Aidilfitri bukan untuk ditangisi tapi untuk di rai dengan penuh kegembiraan. Tapi kadang kala bila hati tiba2 menjadi sangat hiba dan sebak airmata memang tak dapat ditahan2. Semenjak 2 3 tahun kebelakangan ini abah menjadi sangat sensitif di pagi raya. Tengok abah nangis aku pun rasa sedih...huhuhu..





Selalunya abah dan mak akan duduk di atas kerusi untuk anak2 bermaaf2an di pagi raya tapi raya kali ni abah berat hati nak tinggalkan tilam tempat abah 'lepak2' sejak abah tak sihat ni. Kain pelikat pun abah tak nak salin. Hanya terbiar sepi di sebelah. Tak apalah.... asal abah selesa.





first time mak pakai tudung pink! mak aku bukanlah jenis yang suka warna terang tapi kena paksa dek anak2. Biar nampak cerah dalam gambar...alahai...




menantu kesayangan abah...hihihi...abah selalu marah aku bila tak panggil hubby makan walaupun aku dah panggil banyak kali. Hubby bila balik kampong dia selalu 'diet'!..hihihi..





tak tau lah apa abah rasa sampai tak dapat nak tahan menangis bila anak kesayangan ni..mak uda Ina salam ngan abah. Ina kalau balik kampong selalu urut belakang abah, kaki abah, kepala abah. Macam2 jenis minyak dia bawakan untuk abah.





Amirul Shafique.




Amirul Faiz






Amirul Iman





Amirul Nashry (Anas). Gambar kak cik tak de sebab dia photographer.




Keluarga Along - Rasa






 Angah - Shah Alam




Alang - Ipoh mali.





Uteh with her doter...MBA nih!..hihihi..







Mak Uda's family from Port Klang. Pak Uda keje. Kalau dia cuti kapal tak boleh masuk kat port tu!..alahai...!





Che Amy..from Port Klang gak. Masih belum berkeluarga. Orangnya pendiam. Sekali sekala senyum manis gitu..

Lagi 2 orang adik tak de dalam gambar. Che Ali beraya di Perak dan Mak Usu Aja di Ganu kite!..

Satu hari raya rumah abah penuh dengan sedara mara, anak2 buah datang menziarah abah sementelah pulak kesihatan abah yang semakin uzur. Abah dan Mak Usu Midah sahaja mak dan bapa saudara yang masih ada lagi untuk sepupu2 aku sebelah abah untuk diziarahi. 

Balik dari Kerling lepas menziarahi Usu rumah abah pula dia orang serbu. Sampai malam masih ada yang datang. Kami adik beradik angkat je juadah raya yang masih ada.

2 hari raya pun masih ramai yang datang. Sepupu2 dari Klang pula yang serbu. Campur dengan sedara mara yang lain memang tak menang tangan. Dari pagi sampai petang mengadap dapur. Masak nasi lemak dekat 10 kg. Janjinya nasi lemak tu untuk breakfast kita orang. Bila dah ramai2 memang kena buat lebih. 

Dah masuk petang tetamu masih ramai. Makanan dah habis! Camne niii...?

"Ita, aku on the way ni"..saba call aku dari Kalumpang.

"angah..kak ani nak datang satu family, angah masak lah sekali".. Ina tiba2 menyampuk.

Woit! main order je kau..

ting!..ting!..ting!...dalam kepala dok fikir masak apa yang cepat dan senang. Murtabak Maggi! Nah! ambik kau! 

Semuanya macam lipas kudung. Beli maggi berdozen2. Telur 2 tray. Siap! habis licin murtabak maggi petang tu sampai tetamu yang datang malam pun merasa. Agaknya sebab suasana hari raya dan makan beramai2 tu buatkan murtabak maggi jadi sedap.

Sorry lah Saba, tiap kali raya kau datang rumah mak aku penuh dari atas sampai bawah. Nak santai2 datang ke rumah aku je.

Fuh! rasa nak patah pinggang! 3 raya aku nak balik Melaka ingat nak buatlah rendang lagi. Bila nak stat je masih ada yang datang dan terpaksa 'bungkus' semula. Last2 rendang naik dapor pukul 9.00 malam.

Tak de gambar on that kelam kabut punya occassion. Tak teringat langsung. Nasib baik teringat nak salin baju kurung masa tetamu datang. Kalau tak alamatnya berseleking je lah..
Yang tetap ada gambar hanyalah yang ini. 
Budak2 ni kalau posingg...mak budak pun nak tumpang sama. Layan je le..




sebahagian dari cucu2 atok.






cucu atok yang sulong. Shasha. Now dah balik Bintulu. "sha..tiket kapalterbang tak boleh nak tukar2 macam tiket bas tau. Nak tukar beli baru je.."






Mirul dan Charmine.




Anas n his sepupu sepapat. Waktu umur2 cam ni hariraya memang indah.



 Charmine yang semakin rendah. Kalah dengan Kak Cik dan Hafiz.




ada berani?...hahahaha...(ketawa jahat)









2 aksi yang berbeza. Anak sedara yang paling keletah. Namanya panjang. Aku panggil Ain je. Suka usik dia.

"sapa nama pakwe Ain?"

"Shawn!.." sambil terkinja2 depan aku.

"dia tak datang raya ke?"..

"dia keje..kat KL"..

"keje apa?"..

"keje polish!"..dengan gaya gedik2 manja.

"hah! polis lagi?"..

Mulut dia memang lepas lah. Mulut budak2 yang tak fikir bila bercakap. Bila ramai sedara-mara datang masing2 kecoh bercerita sambil makan2. Tiba2 dia mencelah..

"masa makan tak boleh bercakaplah!.."

hah! ambik kau!..hahaha...gelak bolehkan Ain.





lupa lak nak letak gambar yang 'mahal' ni. Adik beradik with ayah ibu without Che Ali n Mak Usu Aja.




With Along. Selamat hari raya maaf zahir batin long. Maaf masa kecik2 dulu ita selalu buli along sebab along ni pendiam dan pemalu. Ita bukan agak nakai tapi memang nakai.




With kak cik. My only doter. Penah cakap kat hubby masa kak cik umur 2 3 tahun, agak2nya ini ajalah anak pompuan kita. Memang masin mulut aku. Redha je lah...



Sesungguhnya setiap hari raya itu mengukir banyak kenangan manis dalam hidup kita. Ciptakan kenangan itu sementara masih ada orang2 yang kita sayangi bersama2 kita. Satu yang cukup indah untuk dikenang dan tak mudah untuk melupakan.

Salam lebaran yang manis.




Tuesday, September 4, 2012

MERDEKA! indahnya bumi kita ini..



Salam bahagia.





Warisan 

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama kita
cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya 
harta mengalir 
ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara.

Song by : Dr Nordin Kardi
Source : Google



Masih dalam bulan kemerdekaan. Selamat MERDEKA! untuk semua. Seperti selalu entry terlewat. Tak ada masa nak update blog tapi tak sampai hati nak biarkan blog sepi. Minggu2 yang sibuk selepas raya namun semangat merdeka tetap tak pernah padam.

Pernah dengar lagu ni? Pernah menyanyikan lagu ini suatu waktu dahulu? Ini adalah versi asal lagu Warisan. Sekarang dah diubah sedikit liriknya sebab...lirik yang lama ni terlalu patriotik tapi BUKAN POLITIK ok! tak de masa aku nak cerita pasal politik dalam blog ni.

First time aku kenal dan nyanyi lagu ni masa kaki melangkah ke alam Pra-U. Rupanya budak2 U zaman 80an dulu memang bersemangat patriotik yang tinggi.
Minggu orientasi lagu ni memang famos. Salah satu lagu wajib untuk dapatkan tandatangan para senior. Yang tersiratnya..lagu ni benar2 melekat kat otak dan hati aku sampai sekarang.

Rangkap pertama je aku dah sebak. Lagu ni buat aku kenal harga diri jati diri orang Melayu yang sebenar. Lagu ni adalah untuk peringatan orang2 yang rasa dirinya peribumi Malaysia yang sejati. 

55 tahun mengharungi kemerdekaan dari penjajah. Terlepas dari kuasa barat dan dari segala yang ingin merobek khazanah kita. Alhamdulillah..hidup kita masih aman di bumi yang indah ini.

Setiap pagi kita dapat melihat indahnya matahari memancar tanpa diselindungi oleh kepulan awan bom seperti di Syria.

Kita masih boleh mendengar deruan enjin kereta2 meluncur di jalanraya dan bukannya deruan kereta kebal dan siren2 polis dan ambulan.

Bahagianya kita menghirup bau2an alam yang manis dari menghidu hanyirnya bau2 darah yang mengalir dari pembunuhan yang tidak berdosa.

Lazat dan enaknya menikmati juadah harian. Merayakan Syawal selama sebulan dan menjamu selera di mana sahaja walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi.

Alangkah indahnya bumi kita. Bertuahnya kita dilahirkan di sini. Kita lah yang menjadi penyambung kepada Warisan ini dan mengekalkannya untuk warisan yang akan datang.

Bagi aku, merdeka itu adalah keamanan. Bila negara kita aman segalanya menjadi mudah. Hayati lirik di atas dengan pandangan mata hati agar suatu hari nanti kita tidak putih mata!

SELAMAT HARI MERDEKA!






manisnya Merdeka...