Monday, July 30, 2012

SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH.





Assalammualaikum. Salam Ramadhan penuh keberkatan dan kemuliaan.

Hari ini 10 Ramadhan 1433H. Dah 10 hari kita berpuasa. Ramai yang mula membilang hari...berapa hari lagi yang tinggal untuk  berpuasa. Tapi aku selalu membilang berapa hari yang aku tinggal puasa sebab senang nak ganti nanti. 

Dugaan besar puasa tahun ni. Tak seperti tahun2 sebelumnya. Aku pun tak tahu kenapa. Yang pasti kudrat semakin berkurangan.

Setiap bermulanya minggu baru hari Isnin dan Selasa rasa segar. Masuk pertengahan minggu membawa ke hujungnya aku semakin layu. 

Bukan sebab lapar dan dahaga..hish!...macam budak2. Entah kenapa badan rasa lemah dan melepek macam orang mabuk masa pregnant. Pregnant? Tak mungkin! Yang pasti aku sangat alah dengan cuaca sekarang ni yang semakin panas. Aku puteri lilin. Aku rindu hujannn!!

Walaupun kerja dalam aircond tapi bahang panas di luar yang terasa sampai dalam ofis buat aku 'cair'.

Bulan puasa balik awal buatkan aku ambil kesempatan tidur dahulu sebelum menyingsing lengan di dapur. Kalau ikutkan hati memang nak beli je makanan kat luar tapi tak memenuhi standard selera aku. Kalau ada pun tak memenuhi standard poket aku hari2 nak beli kat luar.

Mencabar lagi nak bangun sahur. Rasa badan masih letih lesu bangun juga demi suami dan anak2. Pengorbanan yang besar dari seorang isteri. Suami2 kat luar sana bersyukurlah jika anda mendapat seorang isteri yang selalu siapkan sahur untuk anda. Hargailah ia.

Hari tu ingat bulan puasa ni nak buat entry Pdapor iftar Ramadhan. Maaflah ye..tak kesampaian. Bukan tak memasak tapi tak sempat nak snap sebab kelam kabut kejar masa. Kadang2 dah azan aku masih di dapur.

Hari tu hubby nak makan sup ikan merah. Demi hubby dan nak jadi isteri mithali (layak ke?..) lunch time aku pun meredah lah tengahari buta dengan panas memancar2 tu ke Tesco yang paling dekat dengan ofis cari bahan2.

Dan semalam hubby nak makan sup tulang pulak. Sebab semalam cuti ok lah no hal aku 'bersilat' menyiapkan sup dan paru goreng berempah.

Yang aku nak cerita ni bukan pasal menu dua tu tapi ...apa yang berlaku masa sediakan menu tu. Memang kita tak dapat nak meneka dan mentafsir rahsia Allah itu. Hanya dia yang Maha Mengetahui. Adakah ini satu rahmat untuk aku atau satu peringatan untuk aku yang selalu berkira, terlalu leka atau untuk membalas sedikit dari kebaikan yang aku lakukan? Seperti biasa aku ambil yang positif. Aku anggap ini rahmat Allah terhadap apa yang aku lakukan walaupun rahmatnya tak nampak dipandang mata tapi aku dapat merasakannya.

Aku jumpa ini...







Salah satu dari kepingan daging yang aku rebus nak buat sup tulang tu. Memang terkejut beruk hatta terkejut gajah juga bila aku nampak kalimah Allah kat daging tu. Siapa lah aku ni untuk mendustakan kebesaran Allah.

Entry sebelum ni aku cerita aku jumpa kalimah Allah kat kurma kan. Itu sebelah pagi waktu hantar kurma tu ke rumah seorang sahabat di Kuang. Balik dari rumah dia, singgah beli daging dan tulang fresh nak buat buka nanti.

Selang beberapa jam aku jumpa lagi satu kalimah Allah dalam masa satu hari. Memang tak percaya tapi itu lah kenyataannya.

Aku masih simpan daging tu nak tunjuk pada orang2 yang ingin melihatnya supaya bertambah keimanan mereka pada Allah.

Ini adalah iftar aku dan family pada hari semalam. Banyak juga tapi bukan aku masak semuanya. Jiran2 yang sedekah. Itu yang seronoknya bulan puasa ni. Kalau tak bulan puasa pun jiran2 aku memang pemurah hati. 



Main menu. Sup Tulang..sedap. Resepi dari sifu aku. Nampak tak ada serai tu. Macam pelikkan sup letak serai tapi memang sedap.


ini dari Ummi..mee dan kue teow sup.


dari Liza (mak Kyra)..roti boom manis. Dia ni pun pandai masak.


Popia inti otak2. Aku tak pasti dari sapa sebab sibuk kat dapor masa dorang hantar. Dari Ummi lagi kot.


Paru goreng berempah. Sedap pada tekak aku.   Resepi mak.


lebihan satay waktu sahur. Masih sedap. Beli kat Padang Jawa. Kuahnya superb!


Puding karamel. Terkurang air gula tapi sedap. Resepi di blog Masam Manis.


butter prawn. 'sarang'nya tak menjadi. Aku kutip je udangnya sekor2.

Apa juadah hari ini? Selamat berbuka.









Kurma berbisek...



Assalammualaikum.


Salam keberkatan untuk semua di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.


Hari ini 9 Ramadhan 1433H. Tentu semua dah ok kan menjalani ibadah puasa yang dah seminggu lebih ni. Dah terbiasa bangun sahur, dah tak terlupa lagi kalau asyik buka peti ais je..dah capai air tiba2 teringat..eh..aku puasalah.

Macam2 juadah berbuka di Bazar Ramadhan yang ada di merata2 tempat hatta kat tempat yang tak diwartakan sebagai Bazar Ramadhan pun ada orang menjual. Memang benar. Ramadhan bulan penuh kerahmatan. Bulan rezeki.

Waktu berbuka kita disunatkan untuk mendahuluinya dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi. Kurma adalah buah yang berkat. Rasulullah mewasiatkan kepada kita untuk memulakan berbuka puasa dengannya. Ikut sunnah je, sunnah suruh makan pun dah dapat pahala. Masyaallah! Senangkan nak dapat pahala dalam bulan Ramadhan ni.



Allah telah menjadikan kurma dengan banyak keistimewaan dan kelebihan. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manafaat serta memberi kesihatan kepada manusia.

Apa tah lagi bersedekah dengan buah kurma. Alhamdulillah bekalan kurma negara kita tidak berkurangan. Melimpah ruah macam Malaysia ni ada tanam pokok kurma sendiri.

Dipetik dari satu hadis.

Dari adiy bin hatim, ia berkata: "aku mendengar Rasullulah s.a.w bersabda, hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan tentang kemulian buah kurma. Walaupun kita bersedekah hanya dengan sebelah buah kurma kita akan terhindar dari api neraka. Subhanallah!

Aku nak kongsikan beberapa khasiat, keistemewaan dan kelebihan buah kurma ini. 

Sesungguhnya sunnah Rasullulah  s.a.w  itu ada hikmahnya.

Beberapa kajian perubatan dan sains menunjukkan bahawa kurma memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal mental dan kerohanian.

Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.

Orang berpuasa sehari suntuk, serba keletihan memerlukan makanan pemberi tenaga yang mudah dicerna, juga air yang boleh menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Makanan paling cepat untuk dicerna dan sampai ke darah adalah nutrien glukosa atau sukrosa (gula sihat). Tubuh kita memang mampu menyerap dengan mudah dan cepat gula itu hanya dalam beberapa minit, terutama dalam keadaan perut sedang kosong.

Andainya kita mencari makanan yang mempunyai dua fungsi sekali gus seperti di atas, menghilangkan lapar dan dahaga serta nutrien pemberi tenaga dalam satu hidangan, kita tidak akan berjumpa makanan lebih baik daripada apa diperintahkan oleh sunnah nabawiah ini.

Sunnah Nabi ini memerintahkan kepada orang yang berpuasa supaya berbuka puasa dengan nutrien gula yang manis, sekali gus kaya dengan kandungan air (ruthab) atau tamar (kurma kering).

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh.
Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.

Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.

Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.


(info dari internet).


Bagi aku sendiri agak sedih juga sebab hampir seminggu puasa baru dapat berbuka dengan kurma. Tak tau di mana silapnya buah kurma tercicir dari meja berbuka kali ini. 








Nah kau! semalam hubby bawa balik 6 kilo kurma Mariami yang dibeli di pasar borong kurma di Shah Alam ni. Mak datuk! nak buat apa banyak2 ni? tapi rupanya hubby dah ada perancangan dalam kepala nak buat apa dengan kurma ni.


Subhanallah!...tengok apa yang aku jumpa di dalam banyak2 kurma tu..








Kalau korang tengok betul2 nampak kan kalimah Allah tu. Tak berapa jelas sangat dalam gambar. Rasa teruja sangat sebab ini first time dalam hidup aku jumpa benda cam ni.


Masa aku buat entry ni ada satu lagi kejutan yang aku jumpa. Tunggu next entry ekk..


So, bila buka puasa hari ni cuba belek2 buah kurma tu sebelum ngap. Ada rezeki boleh jumpa macam tu. Orang kata kalau kurma Nabi..perkataan Muhd tu lagi nampak. Try lah cari...


Satu yang pasti buah kurma hanya femes di bulan Ramadhan sahaja. Senang nak cari dan jumpa di mana2 sahaja. Kalau berpuasa di luar bulan Ramadhan berbuka dengan air buah2an or jus buah lebih menjadi pilihan. Buah kurma hanya dipandang sepi sebelah mata. 


Dan di luar bulan Ramadhan juga aku tidak akan mendengar lagi kurma berbisek...(suara berbisek)..yusoff taiyob...


Salam Ramadhan yang terindah. Selamat beramal.










Friday, July 27, 2012

DIAM...



Assalammualaikum.


Salam Ramadhan. Selamat berpuasa dan semoga ibadah kita diterimaNya.










Diam adalah lebih baik dari berkata-kata...pada saat ini.




Salam Ramadhan.


(mood ke laut wehh...!)

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan..moga dirahmati.


Assalammualaikum.


Hari ini 28 Syaaban. 2 3 hari lagi puasa lah kita. Ramadhan datang lagi. Dah siap persediaan fizikal dan mental? Wow! bunyi cam nak pegi perang je. Of course! perang hawa nafsu walau pun syaiton2 dah dibelenggu. Melawan hawa nafsu dalam diri sendiri adalah jihad yang paling besar.






  


Apa kena mengena dengan logo MU ni? Kalau tak kerana logo untuk Ramadhan ni aku sendiri pun tak perasan rupa2nya logo MU bertopengkan syaitan! Pada penyokong2 MU..isthigfar banyak2 ye...

Sebenarnya dah ramai yang tak sabar nak tunggu Ramadhan. Auranya dah terasa dekat sangat. Dalam kepala dah set dah nak bangun sahur. Nak puasa penuh. Niat puasa sebulan dah lama hafal tinggal nak baca je lagi di pagi pertama sahur nanti. Juga jangan lupa adab2 dan pantang larang berpuasa. Puasa bukan setakat pada makan minum tapi merangkumi perbuatan dan percakapan kita. Semoga Allah memberkati kita semua di bulan yang mulia itu.












Bulan Ramadhan juga adalah bulan untuk pembersihan jiwa, hati dan nurani. Pembersihan dari segala sifat2 mazmumah. Bulan untuk muhasabah diri dan menginsafi segala kekhilafan yang dilakukan. Senang kata bulan untuk bertaubat. Pintu syurga terbuka dengan seluas2nya untuk hamba2Nya yang mengetahui. Semoga Allah terus memberikan hidayahNya untuk aku. Aminnn....


Sesungguhnya Ramadhan itu memberi seribu kerahmatan buat umatNya. Bagi aku bulan puasa ni lah yang lebih merapatkan hubungan aku anak beranak. 30 hari puasa, 30 hari bersahur bersama, 30 hari berbuka bersama walaupun ada juga hari2 yang tidak dapat berbuka bersama2 sebab ada jemputan berbuka puasa dan sebab2 lain. Masa ni memang terasa kenikmatan dan hikmahnya puasa itu. Tambah mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang.


Juga doa aku moga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa ini hingga ke penghujungnya. Bangun berpagi2an menyediakan juadah bersahur untuk keluarga dan orang2 tersayang bukan satu tugas yang enteng lantaran itu ada yang selalu skip untuk sahur atau sahur di waktu tengah malam. Yang ini mohon bapak2, anak2...mengerti lah! Sila bagi kerjasama ok! (untuk suami dan anak2 ku).


Moga aku diberi kesempatan oleh Allah untuk aku mengutip sisa2 pahala yang ada kerana sedar kekurangan diri yang bukan sedikit ini..(huhuhu...emo ni).

Weh!...malam ni nak bawa budak2 shopping baju raya. Hihihi...janganlah salah sangka. Bukannya aku beriot2 nak sambut raya. Memang aku suka buat persiapan awal2. Selain banyak pilihan, tak berasak2 dan harga tak melambung yang lebih penting aku tak suka bila dah puasa nanti baru nak beli semua tu. Aku tak nak puasa aku tercalar gara2 meredah siang2 hari puasa just nak pegi shopping. Mintak maaf lah! Kalau boleh elak memang aku elakkan.


Ok, akhir kalam aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua yang sudi bertandang dan buang masa kat blog ni. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dan kerahmatan dari Allah s.w.t dan menerima segala amal ibadat kita dengan sempurna kerana sesungguhnya kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita.


Maaf zahir batin.




Ita Rossi Baharudin.







Wednesday, July 11, 2012

Pdapor : Ikan Talapia masak tempoyak..hmmm...enak banget!



Salam bahagia.


Hujan tengahari tadi. Sejuk sikit rasanya. Apa hidangan lunch hari ni? Tadi aku makan asam pedas ikan pari, sambal tempe goreng dan kerabu mangga. Minum air tembikai. Semuanya 10 hengget! Pada korang mungkin murah tapi pada aku mahal bangat! Ialah..tengok lah beli kat manakan? Sekali sekala melayan selera sebelum puasa. Lagi satu orang kata kalau bab2 makan ni jangan mengungkit2. Bukan mengungkit..sekadar share aje. Dah rezeki 'mahal' untuk hari ni. Kira ok lah tu. Pernah sekali aku dan Zurina makan di restoren indon yang terkenal di Kota Damansara suatu masa dulu. Lauk biasa2 je macam selalu makan kat warung makcik Sayang..tapi sorang kena charge RM 25.00! Kalau kat makcik Sayang lebih kurang 5 6 hengget je. Hah!..yang tu memang aku dan Zu terkedu sekejap. Tak masuk lagi dah lepas tu.








Sekarang masih lagi musim durian kan? Durian dan tempoyak dua benda (?) yang tidak dapat dipisahkan.
Sejak dapat HBP aku berhati2 makan durian. Kalau tak belasah je. Satu tentang durian yang dapat tips dari arwah ibu mertuaku ialah cara nak simpan durian supaya tahan lama dan tetap fresh. Ialah..orang Melaka dan Johor ramai yang ada dusun durian so dia orang ni arif lah pasal benda2 ni.


Kalau ikut belah aku, durian yang dimakan mentah ni makan masa tu aja. Nak makan yang fresh beli lagi. Kalau simpan pun yang untuk buat tempoyak je. Tips arwah ni memang sangat2 berguna. Durian yang elok2 isinya selalunya aku asingkan dan masukkan dalam tupperware atau tipuware pun boleh. Lepas tu simpan dalam peti sejuk yang kat atas tu (tempat beku). Tahan berbulan2. Kalau nak makan keluarkan dan biarkan pada suhu bilik. Kita akan dapat durian yang fresh lagi. Terima kasih mak dengan petua mak tu. Moga mak aman dan dirahmati Allah di sana.








Ikan Talapia masak tempoyak ni aku buat last week. Masa jalan2 ke Pasar Malam Paya Jaras minggu lepas dari jauh bau durian dah menyengat. Beli 3 bungkus yang kecik tempoyak kat situ. Insyaallah musim2 durian ni tempoyak yang dijual adalah tempoyak asli yang tidak dicampur dengan pisang atau bahan2 lain. Cium bau je dah boleh tau.


Aku buat gulai ni pun guna sekor ikan talapia je. Hanya untuk aku sebab budak2 tak suka sangat. Dia orang lagi suka talapia goreng berlada. Tapi suprised!!..Anas makan bertambah2 dan dia yang habiskan ikan tu. Dalam ramai2 anak aku, Anas ni boleh jadi orang Melaka dan jadi orang Selangor. Kalau asam pedas dia makan sambil hirup kuahnya. Hubby sendiri pun tak cam tu.








Catatan resepi ni sebenarnya ingatan untuk aku. Tak lah lepas ni asyik call mak abah tanya macam2. Tengok gambar nampak kepala ikan je kan. Hihihi...sebab aku letak kuahnya agak menutupi keseluruhan ikan. Tapi I tell you..sedapnyaaa...!!! Buat pedas2 sikit dan santan agak pekat. Tempoyak yang masih ada rasa manis2 lagi. Tak terlalu masam. 


Cara aku senang aja. Tumbuk lebih kurang 10-15 biji cili api dengan sedikit kunyit hidup. Tambah 1 biji bawang merah(jika suka). 2 batang serai dititik. 1 helai daun kunyit disiat2 dan disimpul.


Didihkan bahan2 tumbuk, serai dan daun kunyit dengan sedikit air. Masa ni bersedialah untuk terbatuk terbelahak dengan bau cili api yang pedas. Bila dah mendidih dan cili api dah masak masukkan 2 sudu besar tempoyak (atau lebih) ikan, santan dan garam. Kacau2 selalu hingga santan dan ikan masak. Tutup api. 


Boleh juga dicampurkan petai dalam kuah ni. Petai dimasak bersama bahan2 tumbuk sebelum dimasukkan ikan dan santan. Ada juga yang mencampurkan tempoyak diawalnya tapi aku lebih suka masukkan tempoyak bersama2 ikan sebab rasa tempoyak tu tak lah 'hilang' sangat.


Satu tips nak dapatkan isi ikan yang tidak terlalu lembik bila dah dimasak ialah setelah ikan dibersihkan goreng sekejap dalam minyak panas. Goreng sekejap sahaja dikedua2 belah ikan lebih kurang 5 saat supaya kulit ikan menjadi tegang dan menghalang airnya (juicy) keluar dan isi masih fresh lagi. Bahagian luar ikan agak kering tapi isi di dalamnya masih juicy. Boleh juga dipanggang seketika di atas bara dan rasa ikan menjadi lebih sedap. Aku harap korang faham apa maksud aku tu.








Sebelum puasa boleh cuba sebab ada yang tak boleh makan tempoyak masa bulan puasa. Takut bila sendawa rasa tempoyak melekat kat tekak. Tapi itu bukan alasan untuk buka puasa ok!. Pandai2lah layan tekak sendiri.


Permisi.












Monday, July 9, 2012

Pdapor : Biskut dahlia...mekar di hatiku..


Assalammualaikum.


 Bertemu lagi di layar monitor ini. Harap2 semuanya riang ria dan gembira, happy2 sokmo. Pernah tak satu hari tu anda rasa bahagia sangat2? Bahagia semacam walaupun hari2 yang kita lalui tu sama je seperti semalamnya. Fikiran rasa lapang tak berserabut. Hati tenang setenang laut biru. Rasa syukur sangat dapat melihat matahari. Menghirup udara pagi yang segar dengan bauan rumput yang wangi dari taman di hadapan rumah. Saat tu memang lah aku panjatkan rasa syukur ya amat kepada Maha Pencipta. Memberikan aku ketenangan yang tiada bandingan.





Entri kali ni dan mungkin juga yang seterusnya banyak entri Pdapor. Aura Ramadhan dan Raya dah berhembus2. Bila masuk bulan puasa ada orang yang mengatakan bulan untuk pesta makan sebenarnya. Sebab bulan puasa ni lah macam2 makanan yang tak pernah dengar, tak pernah rasa, tak pernah tengok semuanya keluar. Nafsu makan seolah2 'terlepas' di bulan ni. Resepi yang tak pernah masuk list kini di carta teratas untuk dicuba. Untuk berbuka dan bersahur. Macam2 perancangan nak masak untuk family. Nak bagi semua puas. Bagus lah tu..kita ambil yang positif. Sekurang2nya boleh tajamkan lagi skill memasak tak pun dapat gak pahala masak sendiri untuk family. Masak dengan penuh kasih sayang ok..




Ini resepi untuk kuih raya. Dah terjangkau bulan Ramadhan nih..puasa pun belum lagi. Biskut ni biskut lama. Biskut yang mula2 aku kenal dalam hidup aku. Masa tu umur dalam 11 ke 12 tahun. Masa mak buat biskut ni aku lah yang selalu temankan mak. Tang letak ceri tu memang keje aku lah. Masa tu aku rasa biskut ni sedap sangat dan cantik!


Mula2 memang aku tak mau sharekan resepi ni sebab aku rasa ramai orang dah tahu dan biskut ni biskut lama namun masih ramai yang menggemarinya. Tapi disebabkan oleh si gadis cilik ini, tak sampai hati rasanya. Memang aku silap. Masih ramai yang tak tahu resepi ini terutama generasi muda sekarang. 


Malam tadi Liza sms aku minta resepi sebab anaknya Kyra merengek2 minta buatkan. Kyra..gadis cilik yang setiap kali aku tengok dia aku teringatkan kak cik masa kecil. Kurus dan tinggi. Cuma rambut kak cik panjang mencecah bahu. Seminggu dua ni malam2 bertandang kat rumah tengok aku buat biskut. Malam tadi bagi kuih tat tapi dia tetap nak biskut dahlia. "chedappp..." dalam loghat pelatnya. Tu yang buat dia nampak cute.




Biskut ni guna bahan2 yang simple aja tapi gabungan 3 jenis tepung tu yang beri kelainan pada rasa. Orang dulu2 tak de campur almond ke, koko ke, perasa bagai dan tak de filing2. Olahan tepung2 tu yang buat rasa sedap. Ada satu biskut tu guna 3 jenis tepung. Tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras tak silap aku. Rasanya sedap. Biskut Rabitah kot namanya. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi resepi biskut ni. Korang ada?


Ok. Biskut ni lembut dan lemak manis. Cair dalam mulut . Ada juga yang panggilnya biskut samperit. Tapi setahu aku biskut samperit bentuknya sekeping 4 segi dan bergerigi di atasnya dan tak guna tepung kastad. Apa2 pun dua2 biskut lebih kurang je samanya. 


Cuma satu dua tips dari experiance aku lah..gunakanlah bahan2 yang terbaik untuk dapat hasil yang sedap. Maksud aku kalau tepung jagung tu gunalah tepung jagung dalam tin Brown & Polson. Tepung kastad guna tepung Bird Custard. Tepung kastad menjadikan adunan berwarna kuning dan cantik tanpa pewarna. Walau pun harganya mahal tapi rasanya memang sedap. Kalau guna tepung timbang2 tu memang out lah rasanya. Of course butter juga yang pure. Setidak2nya guna butter yang biasa kita guna yang sedap dengan tekak kita. Maaf ya..buttercup dah out of my list sebab buttercup sekarang dah tak sama cam dulu. Frust betul sebab terpaksa beralih arah. Nasib kau lah buttercup..! Semua tu kadang2 menyumbang kepada harga2 biskut yang dihasikan dari homemade kitchen yang nampak lebih mahal dari harga biskut dari kilang. (bab ni nak cite memang panjang.)





Sepatah kata yang dikongsi bersama dengan Chef Rizal (chef kat Fidani) setiap resepi tu adalah sama saja. Bezanya adalah pada rasa yang terhasil dan dari bahan2 yang digunakan. 'Air tangan' seseorang hanyalah bonus untuk kesedapan masakan itu. You get what I mean?


Jom tengok resepi dan boleh cuba untuk raya nanti. Resepi yang femes di R.net. Aku C&P aje.



BISKUT SAMPERIT
Resepi : Norazie Resipi.net

Bahan
300g mentega
160g gula ising
100g tepung jagung (Brown & Polson)
160g tepung kastard (Bird Custard)
240g tepung gandum (jemur & ayak)
2biji kuning telur


Cara

Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
Masukkan semua tepung, gaul dan uli sebati.
Terap adunan dan bakar pada suhu 150C untuk 20 min


boleh buat bentuk ni..




atau cam ni..


from google..


aku tetap pilih bentuk yang ni..





yang sentiasa mekar dalam nostalgia..


daaa...


                          
                       Untuk renungan bersama: