Tuesday, May 29, 2012

REDHA DENGAN KETENTUANNYA.


Salam Bahagia.

Tak tahu nak mulakan macamana. Tiba2 aku rasa hilang kata2 tapi masih perlu untuk coretkan sesuatu.

Mungkin saat aku tulis entry ni abah dah discharged dari hosp. Sejak malam tadi tiba2 hati jadi mendung. Mood terus merundum. Siang semalam aku rasa sakit hati sangat dengan "kap lam ya nga" yang cakap belit2 putar2 macam ular. Semua orang tahu salah dia tapi dia tetap putar belit nak lepaskan diri dari kesalahan diri sendiri. Salahkan orang lain termasuk aku. Geram betul! Rasa nak lempang je! (memang panas baran aku ni..)

Malam tadi Idah call suruh aku ikut Along pergi Hosp. Selayang esok sebab doc. nak jumpa dan discuss pasal sakit abah tu. Dia bagi hint2 sikit abah sakit apa sebab dia pun tak sure. Doc. cuma kata nak bincang je. 

"angah tak boleh pegi nanti angah nangis"

"alah angah ni..itu pun nak nangis"

"angah kan sensitif. Tengok cerita kartun yang sedih2 pun angah boleh nangis. Tak pe, Along ada. Along tu kuat." aku cuba kuatkan semangat.

Bila jumpa doc. pagi tadi aku tengok Along cool je. Aku dari malam tadi dah doa sangat dalam hati nak jadi sekuat Along bila hadapi saat2 genting cam ni. Mak tak cakap banyak cuma mak kata tanya tuan punya badan.

Mungkin sebab zaman sekarang ni teknologi dah canggih2, doktor pakar dah ramai dan ubat2an banyak yang terhasil so aku tenang dan terima penerangan doc. dengan seadanya.

Tapi abah macamana?




Aku tak pasti abah faham atau tidak dengan penerangan doc. tentang penyakit dia sebab aku tengok abah rilek je. Mungkin sebab dia rasa sihat dan tak sakit tu yang buat dia tak risau dan banyak alasan yang abah bagi bila doc. suruh refer ke HKL untuk rawatan susulan. 

Abah tak mahu susahkan anak2 yang kena hantar dia ke HKL. Nanti susah nak ambil cuti. Kalau dia masuk hosp. lagi siapa yang nak jaga mak, nak bawa mak pegi pasar naik motor sebab mak selalu semput, bla..bla..bla..dengan 1001 alasan yang tak terjangkau difikiran. 

Wajah abah berseri2 bila doc. kata abah boleh balik hari ni. Selera makan abah nampak bersemangat bila bertambah2 makan kuew tiau yang mak bawak. Memang nampak abah sihat, abah fit.

Tak tau lah bila dah sampai rumah nanti mungkin masa abah duduk sorang2 sambil hisap rokok bawah pokok manggis depan rumah abah akan terfikir atau abah akan tersedar bahawa dalam diri abah, abah sedang membawa kedua2 paru2 dia yang telah rosak teruk dijangkiti kanser pada stage 4!

Semoga abah tabah menghadapi segala dugaan ini. Anak2 abah akan sentiasa di sisi abah memberi semangat dan berdoa untuk kesejahteraan abah. Dan selebihnya kita serahkan kepadaNya.

Amin.





Friday, May 25, 2012

GET WELL SOON!


Assalammualaikum.

Alhamdullilah. Masih di sini. Masih boleh melihat mentari bulan Rejab. Bulan ke 7 dalam kalendar Islam. Hari ini sewaktu aku menaip entry ini dah masuk 3 Rejab. Tak tau lah bila entry ni keluar dah Rejab yang keberapa.

Ramai yang berpuasa sunat dalam bulan Rejab ni. Ramai yang mula 'menjinak2kan' perut sebelum sampai Ramadhan yang akan datang. Ada juga yang  berpuasa Qada untuk Ramadhan yang lalu. Banyak amal ibadat yang boleh dilakukan dalam bulan ni. Yang paling senang boleh buat kat mana2 ialah berselawat ke atas Nabi s.a.w.

Hari ni gelap 11 hari abah kat hospital. Abah pegi check-up darah tinggi. Mula2 admitted kat Hosp. Kuala Kubu Bharu selama seminggu. Berulang alik ke hospital Selayang buat medical check-up sebab suspected TB. Ada benjolan kat bahu abah yang makin membesar. Sekarang abah ditahan di Hospital Selayang. Jumaat ni abah akan dihantar ke Hospital Sg. Buloh pulak untuk check benjolan tu. Kalau tak de apa2 Sabtu Ahad mungkin boleh keluar sementara tunggu result.

Aku tahu abah tak betah lama2 kat wad. Lagi2 Hosp. Selayang yang abah tak biasa. Kat mana kantin, kat mana HospiMart untuk abah jalan2 hilangkan boring. Mati kutu abah ni! Semalam call along sebab along dah tengok abah kat hospital. Nak ketawa pun ada bila along cerita camni. Masa tu ada seorang doktor tengah check abah.

Doktor : "Pak cik ni ok, sihat, cuma kencing manis naik sikit." (aku tak tau pulak abah ada kencing manis selama ni, gabra kot!)

Abah : "sikit je doktor. Dah rehat tido malam ni esok ok lah tu. Cuma kepala pak cik ni pening sikit lah doktor".

Doktor : "Kenapa pak cik?"

Abah : "Pak cik tak dapat hisap rokok lah!"

Hahaha!...aku dah agak jawapan abah tu. Abah seorang perokok tegar! Dah x boleh nak cakap apa dah. Bila aku tegur dia banyak hisap rokok dia akan kata cam ni.."ni baru sebatang ni" ialah..baru sebatang untuk masa tu tapi dah berbatang2 sebelumnya. Even kat hosp. KKB pun abah boleh hisap rokok. Tak tau camne abah boleh  'terlepas' kat gerai luar pagar hosp. hisap rokok sambil minum2. Akal abah panjang. Masa naik ambulance nak pi check-up kat Hosp. Selayang sempat lagi dalam perjalanan balik ke KKB singgah minum tepi jalan dan dapat hisap rokok.  Hmmm...abah...abah.




Abah aku yang macho. Kat hospital pun buat macam kat rumah sendiri. Berkain pelikat dan berlenggeng.




Mak yang setia tunggu abah kat hosp. KKB. Cuma kat Hosp. Selayang mak datang sekali sekala.



Semoga abah cepat sembuh dan balik semula ke rumah. Boleh teruskan projek arca cendawan abah. 


Kasihnya ibu membawa ke syurga. Kasihnya ayah sepanjang masa.

Adios.


Wassalam.














Tuesday, May 22, 2012

PDapor : Apam Tepung Beras - Evergreen.


Assalammualaikum.

Semoga anda semua yang sudi menjenguk blog ini berada di dalam redhanya Allah. Amin.




Pi masuk dapor lagi entry kali ni walaupun hari2 masuk dapor. Banyak sebab yang buatkan aku 'terpaksa' buat kuih apam ni untuk kesekian kalinya. 

Apam Tepung Beras. Lama sangat dah tak buat kuih ni. Hampir bertahun rasanya dan buat aku hampir hilang skill nak kukus apam ni.

Balik kampong 2 3 minggu lepas aku tengok mak dok sibuk2 kat dapor dengan projek dia. Apa lagi lah mak aku nak buat ni? Rupanya dia dok sibuk2 buat apam tepung beras. Mak kalau bab lauk pauk memang terror tapi bab kuih kukus2 aku rasa aku lagi terror dari mak!..hahaha..satu ni je yang boleh challenge mak.

Mak dapat resepi dari kawan dia. Guna tapai pulut!. Dia kata kawan dia kata...boleh guna tapai pulut. Aku tak kata apa2 cuma tengok je. Bila dah kukus apam tu     jadi macam berat dan bantat sikitlah. Senang cakap apamnya tak jadi..huhuhu..kesian kat mak. 


Setahu akulah, aku selalu buat apam ni guna tapai nasi. Tak pernah aku dengar guna tapai pulut. Mak selalu ingat hati orang sama cam hati dia. Ikhlas kalau nak ajar apa2 lagi2 ajar masak2 ni. Kesian lagi kat mak!







Dah memang rezeki mak kot tiba2 ada kawan hulur ragi kat aku suruh buat apam. Anak2/u alls  tau tak ragi tu apa? Nanti aku tunjukkan. Ragi ni lah yang digunakan untuk buat tapai. Segala jenis tapai. Salah satu sebab dah lama aku tak buat apam tepung beras ialah aku tak jumpa lagi ragi yang sebaik dan secantik ragi yang selalu aku guna dulu. Ragi tu hasil air tangan mbak (nenek) kawan aku Asmah dari Tg. Karang. Sejak dia sakit 2 3 tahun lepas aku 'kehilangan' ragi dia. Dan aku terus kehilangan dia untuk selama2nya akhir tahun lepas. Mbak dah tak de!



So aku tawakal je lah guna ragi yang ini. Untuk dapatkan tapai nasi yang manis dan wangi, ragi memainkan peranan yang penting. Ragi yang elok akan menjadikan tapai rasa manis dan wangi, insyaAllah kuih apam yang dibuat juga menjadi lembut dan gebu.


Ada yang merekah ada yang tak. Siapa ada jawapan bgmana ianya terjadi?


Resepi ni pun Asmah yang bagi kat aku lama dulu. Dia memang terror dalam bab2 memasak. Lauk pauk, kuih muih, biskut dan gubahan semua dia boleh buat. Cuma satu yang aku boleh challenge dia ialah bila buat kek! lagi2 kek2 yang decorate2 tu memang dia selalu order kat aku. Bab tu aku menang! hihihi..


Bahan yang terawal yang patut disediakan adalah tapai nasi. Ragi yang baik akan menjadikan tapai nasi cantik bewarna putih, wangi dan manis. Aku memang bukan anak Jawa macam Asmah yang dah biasa dengan tapai dan tempe. Aku cuma tau makan je. So bila nak buat tapai ni memang cabaran yang besarlah untuk aku. Asmah buat pun main agak2 je tapi at least dia ada pengalaman tengok mbak dia buat tapai dan tempe. Tapi aku..? so aku pun agak2 juga lah..tapi penuh dengan teori yang logik.


Gunakan nasi yang cantik. Bukan yang bercampur dengan kerak. Nasi hendaklah benar2 sejuk bukan suam2 kuku. Masa buat tapai aku ikut petua arwah Opah. Badan pakaian semua dalam keadaan bersih. Selalunya aku buat lepas membersihkan diri untuk bersolat. Nasi dan ragi biar semuanya bergaul rata. Tiada sukatan.  Ragi ditumbuk halus dan ditabur atas nasi hingga rata. Gaul dengan sudu/senduk. Cara paling senang nak dapatkan ragi yang halus aku gunakan penapis air dari besi dan sagat ragi diatasnya dan nasi diletakkan dalam mangkuk besar. Sagat rata2 atas nasi. Setelah semua bergaul rata simpan dan bekas bertutup. Tapai akan mula 'masak' dalam tempoh 2-3 hari.


Tapai yang terlalu 'masak' (magang) akan menjadikan kuih apam menjadi 'berat'. Practice makes perfect! Jangan putus asa.






Aku guna tepung beras cap teratai. Itu pesan Asmah. Kalau nak menjadi kena ikut cakap sifu kan? Even dia pernah suggested tepung beras yang lain yang kira ok gak tapi cap teratai is the best. So apa2 resepi yang guna tepung beras aku selalu guna cap teratai.

Seronok buat kuih apam ni lebih2 lagi bila menjadi. Masa mula2 buat dulu aku kira 'meroyan gila' gak dekat apam ni. Pantang tengok tepung beras mesti nak buat kuih apam. Sampai rasa macam nak termuntah dah makannya. 

Satu lagi..selalu aku bancuh adunan sebelah malam dan biarkan dia naik kembang sampai pagi esok dan boleh dikukus. Masa buat kat kg ari tu cuak gak sebab tengah malam aku terjaga teringatkan adunan tu mungkin tak naik sebab aku tiba2 teringat kat kg malamnya sejuk! Aduhai..for sure apam ni tak kembang. Memang betul pun bila bangun pagi aku tengok adunan tu cam tu gak. Bila mak dah stat masak air dan dapor mula berbahang panas dengan macam2 masakan baru aku tengok adunan tu mula berbuih2 dan naik. Lega sikit. Dalam kul 9.00 lebih bila dah betul2 kembang baru dapat aku kukus dan hasilnya...puashati! Lembut dan gebu. Rasa tapai nasi yang dicampur dengan tepung beras buatkan apam ni sangat sedap dan sedap dan sedap. Sebab dah lama tak buat apam ni hidang je 'hilang' sekelip mata. Mak Ngah siap tapau lagi. Alhamdullillah!




yang ni kukus dalam loyang besar...nak cepat habis. Yang berlobang kat tgh tu sbb air menitik lama sangat baru nak lap tutup periuk.


Apam ni sebelum dikukus kena dicampur dulu dengan Eno. Guna eno yang warna biru ye bukan Eno Halia ok! nanti tah apa pulak yang jadiknya.


ini lah ragi. sebiji rm1.00 yang dah tinggal 3/4 tu aku sagat untuk buat tapai untuk 1 mangkuk nasi.






inilah rupa penapis besi yang aku gunakan. Tak de yang kecil yg besar macam penapis santan tu pun boleh.




Panjangnya cerita resepi mana? Sebelum dapat ilmu kenalah bersusah payah sikitkan? Kena tahu asal usul resepi dan cerita disebaliknya barulah ada 'jiwa' dalam masakan.



versi dalam kelongsong. Ini yang habis dulu.

So, lets try.


APAM TEPUNG BERAS
Resepi : Pn. Asmah Jasni
             
Bahan2.
500gm tepung beras cap teratai
1 3/4 cwn gula pasir
4 - 5 cwan air (aku guna 4 1/2 cwn)
1 cwn tapai nasi
2 1/2 sk eno
pewarna
kelapa parut putih
garam

Cara2.
Masukkan gula, air dan tapai nasi dalam blender. Blend hingga hancur sambil dimasukkan tepung sedikit demi sedikit. (aku buat 2 x bancuhan.)
Masukkan dalam bekas besar yang bertutup dan biarkan naik (kembang) semalaman. Bila adunan dah naik campurkan dengan eno. Kacau biar rata. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit. Campurkan kelapa parut dan garam dan dimakan bersama apam.

TAPAI NASI
Bahan2.
1 mangkuk (mangkuk taufufah) nasi putih.
Ragi secukupnya.

Cara2.
Letak nasi dalam mangkuk besar. Gunakan penapis besi yang halus untuk memarut ragi sehingga semua nasi dan ragi bergaul rata. Simpan dalam mangkuk bertutup pada suhu bilik. 

Tips:
a) Sapu acuan dengan minyak untuk memudahkan     apam keluar dengan cantik.
b) Tidak sesuai menggunakan loyang besar sebab apam ni sangat lembut dan gebu dan apam tidak cantik apabila dipotong.
c) 1 mangkuk nasi (mangkuk taufufah yang tinggi)  akan menghasilkan 1 cwn tapai nasi.
d) boleh juga dicampurkan dengan sebarang flavour ke dalam adunan mengikut warna yang sesuai. Cth: warna pink diletak perasa strawberry.



Sudi2kanlah mencuba dan sharekan bersama yang lain.


Adios...

Monday, May 14, 2012

KERAMAT KASIHMU


Assalammualaikum

Salam Bahagia. Ramai yang sambut hari ibu kan? Walau pun banyak pendapat yang bercanggah mengenai Hari Ibu tapi bagi aku yang penting niat. Niat untuk ibu kita bukan untuk 'mother' yang itu.


Pada aku setiap hari adalah hari ibu. Bukan untuk ibu sahaja tapi untuk semua yang kita sayang. Ingat dekat dia, doakan dia, sebut nama dia dan kadang2 mimpikan dia.

Tiada kata2 yang dapat mentafsirkan, yang dapat menterjemahkan kasih dan sayang ibu. Kasih yang tiada akhirnya, yang sentiasa mengalir dalam diri kita. Kasih sayang ibu menjadi nyanyian paling merdu dalam rekod hati kita. Macam lagu ni.



Who should I give my love to my respect and my honour to
Who should pay good mind to after Allah
And rasulullah,

Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz who used hold you and clean you and cloth you
Who used feed you and always be with you
When you were sick stay up all night holding you tight
That’s right no other
My mother

Who should I take good care of giving all my love
Who should I think the must of after Allah
And rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz who used hear you before you could talk
Who used to hold you before you could walk
And when you fell who’d pick you up clean your cuts
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close too listen most too
Never say no to after Allah
And rasoolilallah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz who used to hug you and buy you new clothes
Comb your hair and blow your nose
And when you cry who’d wipe your tears knows your fears



Semoga mak sentiasa sihat sejahtera, dirahmati Allah di dunia dan akhirat. 

Terimakasih mak untuk segalanya.




Mak aku Puan Simon Teh bt Yob. Unik kan nama mak aku.


Terimakasih kerana menumpangkan aku di rahimmu.