Saturday, April 28, 2012

PDapor : Baked Manggo Cheese Cake



Salam dihujung minggu.
Waktu untuk bersantai bersama keluarga. Minggu depan 1hb Mei cuti umum hari pekerja. Ada yang sambung cuti hujung minggu terus ke hari Isnin. Dapatlah cuti lama sikit kan? Bagi wanita bekerjaya macam aku tiada istilah cuti yang tepat untuk menggambarkan cuti itu sebenarnya. 







Balik dari ofis terus sambung dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis. Dalam seminggu tu dari Isnin sampai Jumaat ligat dengan segala macam kerja tapi selalunya hari Jumaat aku dah 'flat' cam malam tadi. Ingat nak buat satu projek kek yang tengah hangat sekarang kat dunia maya ni tapi semua terbantut. Penat giler!. Kalau hari cuti budak2 semua ada kat rumah lagi macam2 yang nak kena buat especially bab makan2. Iman minta spagetti, kak cik nak nasi beriani, mirul nak talam suji, faiz nak kek batik. Anas? Anas makan semua dan selalunya dia akan tunjuk tanda 'best' dengan ibu jari means sedap dan sesuai dengan tekak dia.









Kalau nak cuti dari semua kerja2 rumah, elok pergi bercuti ke mana2, stay kat hotel, makan order je, jalan2, lepak2 dan shoppinggggg! Best kan?


Okey, hari ni nak sambung lagi projek dapor aku last 2 3 days ago. PDapor means pi masuk dapor. Masaklah! Ini semua sebab nak perabis mangga yang hubby beli hari tu. Sementelah pula semangat nak membaking meluap2 panas cam oven yang tengah baked kek so baik teruskan. Kalau tengah bersemangat apa2 yang kita nak buat Insyaallah menjadi! Buat dengan penuh perasaan, dengan penuh kasih sayang nak bagi anak2 makan. Itu yang buat masakan kita jadi lebih sedap.










Resepi ni aku ambil dari blog zachoes. Kek keju salah satu kek favourite aku. Kelazatan kek keju sebenarnya terletak pada rasa dan bau kek yang harum semerbak masa membakarnya. Kalau tengah puasa tu mahu bergegar air liur!...hahaha... Kek keju plain selalunya digabungkan dengan sedikit perasa lemon. Ini akan membangkitkan lagi rasa keju dan memotong rasa lemak atau muak keju itu. Kali ni kek keju ni dicampur dengan mangga.   Sedap! Anak2, kawan2 dan jiran2 yang rasa kek ni semua cakap sedap! Resepi di bawah menggunakan loyang kecil 7 inci. Keknya tak tinggi sangat dan dah jadi tabiat kek keju memang malu nak naik tinggi2. Kalau nak tinggi doublekan adunannya. 











Kek Keju Manga Bakar
Resepi asal dari Chef Catherine Lau.
Rujukan: http://zachoes.blogspot.com

Bahan-bahan:  (loyang bulat 7")
  • Inti:
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 4sb @ 60g gula kastor - boleh dikurangkan kalau guna fresh cream atau mangganya manis
  • 1/2sb + 1/2st @ 6g tepung kastad
  • 2sb @ 15g tepung jagung
  • *Tepung jagung dan tepung kastad diayak bersama
  • 1/2C + 4sb @ 180g isi mangga, diblend halus, dari sebiji mangga besar
  • 2 biji telur Gred A
  • 100ml @ 100g UHT dairy whipping cream - sy guna 100g fresh cream yang sudah dipukul kental tapi dibiarkan pada suhu bilik hingga ia cair dan lembut. Boleh ganti dengan yoghurt asli atau yoghurt perisa mangga tapi adjust gula ikut kesesuaian.
  •  
  • Hiasan:
  • 1 biji mangga, dihiris
  • 40g gilis apricot (apricot gel)
  • 40ml air

Cara-cara
1.   Panaskan oven pada suhu 150C.
2.   Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan kacau sebati. Masukkan isi mangga yang diblend halus dan pukul lagi.
3.   Masukkan telur satu per satu, sambil dipukul rata. Masukkan whipping cream@fresh cream dan pukul hingga adunan menjadi pekat.
4.   Balut loyang springform@loose pan dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap ke dalam loyang kek.
5.   Bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah). Bakar selama 1 jam 10 minit, dengan 10 minit terakhir loyang di'rotate'kan untuk dapat permukaan dibakar rata.
Tutup suis oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan bekas berisi air dari oven. Biarkan kek betul-betul sejuk di dalam oven dengan pintunya direnggangkan sedikit. (Permukaan kek akan kelihatan sedikit kering tapi jangan sampai merekah, dan tengah-tengah kek akan bergoyang/jiggle sedikit apabila loyangnya digoyangkan).
6.   Sesudah kek sejuk, keluarkan dari oven dan hiaskan dengan hirisan mangga. Untuk tujuan mengilatkan dan mengelakkan mangga teroksida menjadi hitam, cairkan glis apricot dan air dalam periuk kecil di atas api yang kecil. Kacau hingga glis larut dan sapu atas hirisan mangga tadi. Biarkan kek sejuk dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dikeluarkan dari loyang spring form/loose pan dan dihidangkan. 










Lets baking!

Friday, April 27, 2012

PDapor : Manggo Panna Cota



Salam semua yang sudi menjenguk blog aku.

2 3 minggu ni cuaca panas. Musim panas melanda Malaysia dijangka sehingga bulan September walau pun tidak sepanas tahun lalu. Itu berita yang aku dengar 2 hari lepas.  Dalam kepala aku dah terbayang akan melalui bulan puasa yang panas (insyaallah). Dugaan ada di mana2. Sebenarnya negara kita banyak musim. Musim hujan, musim banjir, musim panas, musim buah, musim penyakit, musim orang kahwin dan macam2 musim lagi. Bersyukurlah kita di bumi Malaysia. 

Kalau panas2 ni bumi jadi kering. Pokok 'ong' aku kat beranda depan dah macam mati beragan. Layu dan kecut dahan2nya. Bila jirus air membasahi tanah dalam pasu akan 'naik' bau tanah yang kering. Ramai yang tak suka bau ni tapi aku suka! Bau bumi.

Bau2 bumi, bau2 alam sering mengimbau kenangan silam. Aku paling suka bau rumput yang dipotong yang masih basah dipagi hari. Bau flora yang tersendiri. Terasa segar dan nyaman.

Mungkin sebab dari kecil aku memang dah bersahabat dengan bumi especially dengan pokok2 sebab abah kerja sebagai Pegawai Perhutanan yang rumah2 kuarters selalunya di kawasan berhampiran hutan.









Masa abah bertugas di Sg Buloh rumah kuarters di Kg Kubbit (Cubbit) dekat Kg Baru Sg Buloh sekarang. Masa tu ada 3 buah rumah pegawai yang terletak di atas bukit sikit. Bukitnya taklah tinggi sangat cuma keadaan tanahnya yang agak tinggi so nampaklah cam atas bukit. Di bahagian bawah adalah berek2 rumah kakitangan biasa. Tahun 70an masa tu umur aku 6 atau 7 tahun camtu lah. Selalunya aku bangun tidur waktu mentari dah lama tersenyum. Waktu pagi2 tu aku suka menghidu bau pokok pine yang ditanam berderetan di hadapan rumah. Itu trademark Jabatan Perhutanan. Bau pokok pine wangi!






Ini pokok pine ya anak2. Salah satu spesis pokok krismas.



Ada waktu2 tertentu orang akan menebas rumput di halaman rumah aku yang dipenuhi rumput2 padang. Aku akan berlari dengan laju menuruni bukit melalui rumput2 yang telah disabit sambil mendepakan tangan seperti kapalterbang sambil menghidu harum bau rumput segar. Masa tu rasa diri bagai diawangan dan bahagia sangat. Macam dalam cerita fairy tales. Lari laju tu bukan apa..nak lari dari mak jangan nampak aku nak turun main kat bawah dengan rakan2 sebaya yang ramai kat berek2 bawah. Indah sungguh dunia kanak2.

Kadang2 kalau balik Btg Kali sesekali lalu kat Templer Park aku akan turunkan cermin kereta semata2 nak menghidu bau pokok2 hutan simpan yang dah tinggal sekangkang kera je sekarang ni. Ada satu pokok tu aku tak tau nama apa..baunya sebijik bau sarsi! Korang tak percayakan? Nanti aku tanya abah apa nama pokok tu.

Bau alam apa lagi? Bau air sungai. Menyegarkan. Dari jauh dah boleh rasa kesejukan dan kesegarannya walaupun kaki belum lagi mencecah riak di air. Bau hari selepas hujan. Pun terasa nyaman dan segar sebab masa tu banyak ion2 negative terhasil. Ion2 negative akan buat kita rasa segar. Anugerah dari alam. Anugerah Terindah.


Apa kaitan musim panas sekarang dengan Manggo Panna Cotta? 


Beberapa hari yang lalu hubby bawa balik banyak buah mangga jenis chukanan kot. Kalau nak makan cam tu je sure mangga tu masak kecut nak menghabiskannya. So dalam kepala aku mula berkira2 nak buat sesuatu dengan mangga ni. Apa lagi..google lah!




Banyak resepi yang guna kan mangga. Dalam banyak2 tu aku teringin nak cuba dessert yang satu ni sebab tengok bila dah jadi nampak cantik sangat. Resepi ni ada dapat dari blog  citarasawan. Aku gunakan bahan2 yang ada kat dapor je. Susu segar aku gantikan dengan susu cair. Tu sebab lapisan panna cotta tu nampak kuning2 sikit. Kalau guna fresh milk akan jadi warna putih. 


 Rasanya ok..sedap makan sejuk2. Terasa rasa mangga yang manis. Cuma presentation aku tak cantik cam k wan punya. Kena buat lagi lain kali. 










Ini adalah resepi dari blog citarasawan. Aku taip semula. Untuk lebih detail boleh jengah blog dia.





MANGGO PANNA COTTA
Resepi Asal : Citarasawan

Puri manga
3 biji mangga masak
Kupas dan kisar halus jadikan 300gm puri manga. Ketepikan.

Lapisan Bawah-krim Panna Cotta
150ml susu segar
100ml whipping cream/thickened cream
2 sb gula pasir
1 ½ sb gelatin + 2 sb air panas (larutkan)

Lapisan tengah – kiub manga
1 biji manga potong kiub
150gm puri manga***
1 sk gelatin + 1 sb air
1 sb gula pasir

Lapisan Atas – Mousse Mangga
150gm puri manga***
1 sb gula pasir
100ml whipping cream/thickened cream-dipikul hingga kental
2sk gelatin + 2 sb air

CARA2.

LAPISAN BAWAH (PANNA COTTA)

Masukkan air panas dalam mangkuk, tabor gelatin dan kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
Panaskan susu segar dan whipping cream hingga kelihatan buih2 kecil ditepi periuk. Tutup api. Masukkan gelatin dan kacau rata. Biarkan suam baru dituang ke dalam 3 biji gelas yang diletak condong. Simpan dalam freezer selama 15 minit.

LAPISAN TENGAH (KIUB MANGGA)

Masukkan air panas dalam mangkuk, tabor gelatin dan kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
Campurkan puri manga dan gula ke dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Anggkat dan masukkan kiub manga dan gelatin cair. Gaul rata.
Keluarkan gelas dari peti sejuk (pastikan cream telah beku) dan sudukan campuran kuib manga. Sejukkan lagi selama15 minit.

LAPISAN ATAS (MOUSSE MANGGA)

Masukkan air panas dalam mangkuk, tabor gelatin dan kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
Panaskan puri mangga dan gula dengan api perlahan. Kacau hingga gula larut. Angkat dan biarkan suam baru masukkan whipping cream dan gelatin cair.
Masukkan dalam piping bag picit kedlm gelas. Simpan semula dalam peti sejuk hingga beku.



  oh ya!..abah kata nama pokok yang aku kata bau sarsi tu ialah Medang Sarsi. Agaknya orang buat air sarsi tu guna pokok ni kot. (weh! aku dah google..betullah orang guna kulit pokok ni untuk hasilkan air sarsi. Wallahhualam.Kalau dia tipu aku bohong lah.)




Hmm...apa kata u alls tukar manggo panna cotta jadi sarsi panna cotta?



Tuesday, April 17, 2012

LEMAK MANIS SI TALAM CENDOL.



Salam semua.

Dah pertengahan bulan April ni. Cepat sungguh masa berlalu. Sibuk sangat sejak menjejakkan kaki ke Fidani ni. Ikutkan aku stat on 2nd April tapi tercepat sebab staf kat sini tiba2 dapat better offer kat tempat lain pulak. So kelam kelabut lah handover semua keje.

Kat sini tenang, aman damai. Sebab ofis ni dah lama so environmentnya tak lah canggih sangat tapi aku suka. Tenang. Tak de orang 'kacau'. Akaun pun tak complicated cam KD. InsyaAllah boleh handle. Cuma satu yang aku rindu kat KD tu bau harum coklat! Setiap kali keluar dari ofis nak ke guard house harum semerbak coklat menusuk2. Kat sini bau harum tu tak de. Mungkin production kat belakang so bau tu tak sampai ke depan. But it's still ok bila coklat2 nya aje yang sampai kat ofis ni..hehehe..bestnya!






2 3 minggu ni hujan di mana2. Last week paling teruk sampai banjir kat Klang. Kat rumah aku pun teruk gak akibat hujan ni. Kasut sekolah tak kering. Lagi teruk Anas punya. Weekends boleh lah jemur kalau weekdays camne? Semalam kasut habis basah bila dia melenjan kat padang sekolah yang becak. Tak nak pakai kasut lain. Nak yang tu jugak. So aku pun back to cara biasalah..basuh kasut spin dalam mesin basuh dan selit belakang peti sejuk. Kalau dulu2 letak bawah peti sejuk sebab peti sejuk dulu2 ada 'kaki'. Sekarang dah canggih semua flat kat bawah. Terpaksa selitkan je. Esok pagi gerenti dah kering. Cara terbaik untuk keringkan kasut dimusim hujan. (anak2..nanti boleh ikut cara ni ya..)

Entah kali ke berapa dah aku keluar masuk keluar masuk kat entry ni. Tak siap2 lagi. Kalau tak sibuk  kerja atau tiba2 idea mati. Stop lagi.





Okey..kali ni entry aku pasal masakan. Nak kata terror tak lah. Setakat masak biasa2 je 50 60 orang punya makan kira boleh lah. Itu pun masih tengok buku resepi...hihihi... Nak cerita memang panjang. Dipendekkan kata minggu lepas ada orang order talam cendol. Bila buatkan orang punya anak2 mesti nak juga. So kena jugak lah buat lepas tu. Aku memang suka cendol tapi yang asli punya. Kalau yang campur2 kacang merah, pulut lah memang kureng sikit. Kat Shah Alam ni cendol yang menepati selera aku yang kat Masjid Sek. 16 tu. Betul2 depan masjid. Hari minggu pun ada jual. Sebelahnya orang jual rojak. Memang kenalah. Dua2 orang kita yang buat. Memang kena dengan selera aku. Sedap!

Talam cendol ni rasanya memang sedap. Lemak2 manis. Bau cendol yang wangi tu memang buat rasa betul2 macam makan cendol. Resepi aku ambil kat sini. Resepi asal dari chef asma. Tapi aku modified sikit ikut cara aku. Untuk bahagian bawah aku ganti tepung jagung dengan tepung ubi. Campur semua bahan A kacau atas api hingga agak pekat baru campur dengan cendol. Kalau adunan cair nanti cendolnya terapung kat bahagian atas. Bahagian atas gula merah tu aku ikut cara aku juga. Aku campur gula melaka dengan gula merah dan gula pasir. Aku suka rasa lemak gula melaka tapi aku campur sikit dengan gula merah untuk mendapatkan warna yang agak gelap bila dah masak. Resepi aku kat bawah resepi chef. Halal ye chef.




TALAM CENDOL

Publish by: Resepidaria.blogspot.com
Sumber: Kelas talam chef asma



Lapisan bawah

Bahan A
200gm tepung beras*
250ml santan pekat*  
450ml air*  
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster
1 tsp garam

Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:-
Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastic. Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.

Lapisan Atas

Bahan-bahannya:-

Bahan A
300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
50gm gula castor
500ml air


Bahan B

150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 tsp garam

Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit


Ini resepi versi aku.

Talam Cendol


Lapisan bawah

Bahan A
200gm tepung beras
4 cawan santan pekat  
2 tbsp tepung ubi
150gm gula caster
1 tsp garam

Bahan B
400gm cendol (1 mangkuk)

Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga naik wap dan agak pekat sikit dan masukkan cendol. Kacau rata dan tutup api. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Kukus selama 15 minit. Selepas masak cakar-cakar dengan garpu.


Lapisan Atas

Bahan A
100gm gula merah 
150gm gula melaka
50gm gula castor
santan secukupnya.


Bahan B

150gm tepung gandum
1 biji telur 
1tsp vanila
Cara-caranya:-
Masak bahan A kecuali santan dengan sedikit air sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapis dan campurkan dengan santan menjadikan sebanyak 750ml. Ambil sedikit campuran santan dan gula melaka dan blend bersama tepung. Tuang ke dalam periuk dan campurkan lebihan santan gula melaka tadi. Pukul telur dan vanila. Masukkan dalam periuk dan masak sehingga naik wap dan agak pekat sedikit. (Kacau sentiasa agar adunan tidak berketul).
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Tips buat kuih talam cara aku:
Aku tak guna kain untuk tutup penutup periuk supaya tak bagi air jatuh. Aku buka tutup periuk setiap 5 minit dan lap. Selepas kuih talam masak buka penutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 5 minit lagi sebelum tutup api untuk mengeringkan bahagian atas kuih jika terdapat air. Juga supaya kuih tahan lama.
Aku selalu guna cendol yang beli kat Pasaraya Hero. Cendol ni dalam bekas plastik putih (bekas taufufah). Cendol ni harum bau daun pandan dan bila dah masak warna hijaunya tak bertukar menjadi pucat. Rasa2nya kat Giant pun ada tak tau lah brand yang sama atau tak. Okey..sila lah try mencuba dan tambahkan koleksi kuih talam anda.





Kalau dah cuba tak menjadi secantiknya atau tak sempat nak buat order je kat aku. Contact/sms 0178927929 or email myrossi_ita@yahoo.com.my
murah je Rm20.00 satu loyang but self pick-up.



Daa... 

Sunday, April 15, 2012

YOU DESERVE IT!


Salam di hujung minggu yang mendung.

First time update blog dihujung minggu. Lama sepi. Blog je sepi. Realitinya aku very the busy. Dengan segala macam aktiviti. Kerja, family, personal matters and so on.

Cuma nak memanaskan blog yang lama sejuk. Sedikit cerita sensasi lagi hot.  Cerita apa lagi..hero aku lah..hihihi... late better than never. CONGRATS! YOU DESERVE IT!




BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011.




Bila taraf kerakyatannya dipersoal dia cuma menjawab :

"Jika terpaksa pilih antara Perdana Menteri Singapura dan Perdana Menteri Malaysia, saya akan pilih Datuk Seri Najib".
(Berita Harian 15 April 2012).




Awesome!