Tuesday, February 21, 2012

mengertilah...





Lantai mozek petak-petak
hitam putih
terkinja-kinja
kasut tumit tinggi
skirt kembang merah jambu
gadis kecil ini
tidak pernah kenal erti jemu
dalam saat penantian ini
seperti aku yang terbelenggu
kepala sarat menggebu-gebu
denyutnya bertambah pilu
huhuhu...BP aku naik melulu!


Klinik Raj, KD
20/2/12
5.00pm






help me!...


Monday, February 20, 2012

raih lah bahagia itu..






Salam bahagia.

Langit tidak selalu cerah.
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari.
Masih ada cahaya di hujung perjalanan yang kelam.

Itu antara cerita2 perjalanan hidup dalam diri kita. Ada bahagia, derita, pengharapan dan kemusnahan.

Dari usia remaja lagi aku sendiri tak pernah terbayangkan apatah lagi untuk terfikir bagaimana untuk melalui kehidupan yang panjang ini.

Cuma aku pernah berdoa agar dipertemukan dengan seorang yang beriman untuk membimbing aku dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.

Semua orang kalau ditanya semua nak bahagia. Tak ada siapa yang nak derita. Tapi itu lah hukum Tuhan. Bahagia dan derita itu lah  sebenarnya yang mencorakkan hidup kita.



Pagi tadi seorang sahabat lama tiba2 menegur aku di FB. Memang lama tak jumpa dan tak dengar suara. Aku terus call dan borak sakan. Banyak sungguh kejutan!

Dia muda dari aku. Boleh dianggap sebagai adik. Tapi perjalanan hidupnya tak se gah bunglow yang dihuni dan tak seindah kondo yang diduduki. Tapi aku salute dengan dia. Tabah dan sabar menghadapi segala dugaan dari depan, belakang, kiri dan kanan hatta dari orang2 yang menjadi tempat berlindung rupanya menjadi duri dalam daging. Dia pernah tewas dek hasutan berapi, pernah jatuh dek keegoan seorang lelaki. Demi sebuah cinta, sebuah keikhlasan dan demi sebuah kejujuran  akhirnya dia bangun mengecapi bahagia dari kesabaran yang hakiki. Sesungguhnya hikmah Allah itu tak mampu diadili.

Sajak yang terlintas di hati malam tadi rupa2nya menjadi milik sahabat ini.



ingin ku lemparkan matahari itu
ke dadamu
mencairkan hatimu yang beku
agar kau tahu
aku rindu

ingin ku gapai bulan
berwarna biru
menyuluh matamu yang kelabu
agar kau lihat
tangis senduku

kita diikat dengan janji
lafaznya tertulis di tiang Arasy
talinya dari emas berduri
mengikat diri sampai mati

aku masih mencari jawapan
rahsia Mu Tuhan...



raih lah bahagia selagi kita termampu.


Friday, February 17, 2012

Vroom!..vroom!..vroom!..




Pagi Jumaat yang cerah dan indah. Tapi hati panas!. Insiden pagi tadi hampir2 'menyepoilkan' hari aku.
Tak reti bahasa ke atau tak faham bahasa. Tau lah pagi2 semua orang nak cepat ke ofis tapi ikutlah jalan yang betul. Ada ke satu motor ni mamat yang bawa EX5 yang patut ada kat lorong motor tiba2 ada kat lorong tengah! Melampau betul lah. Cuba bayangkan. Dah lah kat highway semua kereta laju2 tiba2 terpaksa tekan emergency brek sebab mamat sekor ni yang tiba2 ada kat depan kereta aku dengan selamba buat deq je. Aku bagi hon suruh ke tepi pun dia macam tak dengar hon kereta aku yang macam hon lori tu. Dia ni perasan tengah bawa Ninja 750 kot! Rasa nak langgar je!.

Aku cuba nak selami perasaan mamat motor tu yang aku pun pernah perasan macam dia juga. Bawa kereta kat lorong paling kanan sebab masa tu aku rasa macam tengah bawa Merc. SLK! tapi aku cepat2 sedar diri bila nampak kereta kat belakang hampir rapat dengan kete aku dan cepat2 masuk lorong tengah balik. Aku tau siapa diri aku dan kete apa yang aku bawa...hahaha..kelakar bila ingatkan. Itu yang boleh buat aku cool down bila ingatkan EX5 yang perasan tu.

Wah!. Sebenarnya nak cite pasal Ninja 750 nih. Ingat cerita pasal 'secret admirer' last entry hari tu. Salah sorangnya ada motor besar.So bila nampak motor besar suka tengok motor dan orangnya sekali..hahaha..sejak tu aku tangkap lentuk dengan motor besar.

Masa tu yang popular adalah RXZ,TZM dan Ninja Kips. Nak tumpang naik motor tu jangan harap lah sebab tak rela aku dok menonggek kat belakang. Nak bawa sendiri minta maaflah..honda cup pun aku tak lepas. Yang dapat hanyalah tengok dan pandang. Lepas kahwin barulah merasa naik TZM sambil peluk belakang hubby rapat2, erat2..hihihi... Masa ni baru lah best naik motor besar. Halalan toyibban..








Sekarang aku suka tengok Ninja 750. Walau pun ada motor lain yang lebih hebat tapi pilihan aku tetap Ninja. Sebab namanya Ninja kot..rasa selamat dan gah! Cam ni..










Sejak accident motor lama dulu aku fobia naik motor. Rasa tak selamat dah dan takut badan aku mencium jalan tar yang menggerutu tu. Naik kereta, accident pun kereta yang kena dulu. Itu pandangan aku lah.  

Walau pun suka motor besar aku tak pernah menjejakkan kaki ke Sepang tengok MotoGP. Tak suka bunyi yang bising.

Motor yang ni hari2 boleh tengok kat rumah..hihihi..









hati2 memandu. Drive safely, drive gently..take care.

Wednesday, February 15, 2012

masih di sini..

"don't wait for the perfect moment
take a moment and make it perfect..
if you wait for the perfect moment
the perfect moment will pass you by.."

Salam manis.

No update on Aja's wedding. Ada member tanya tak update blog dengan gambar kahwin Aja? Tak de mood lah sebab banyak gambar pengantin tapi gambar aku tak banyak. Ada sekeping dua je..hahaha..boleh gitu?

Itu lah bahananya kalau lama tak berblog. Nanti lah update sikit2 sebab baru habis close acc. Fokus pada angka2 sampai terlupa pada alphabet. Tengah mengintai mood yang bertaburan entah ke mana. 

Para yang kat atas tu aku tulis masa tak de mood. Tiba2 je mood dah datang untuk menulis semula.

Ok..aku cuma update lagu2 background blog ni. Lagu yang bertukar dari lagu biasa sampai lagu yang korang tak pernah dengar macam lagu "don't cry Joni." Sebenarnya cerita dalam lagu tu adalah cerita yang pernah kita alami masa zaman muda remaja dulu atau masa zaman anak dara sunti.




Masa mula nak berkembang menjadi anak dara. Pertukaran emosi dari keanak2an kepada seorang gadis. Bilamana perasaan untuk mengasihi seseorang mula nak tumbuh dalam diri kita. Kita mungkin pernah ada 'secret admirer' pada seseorang yang lebih berusia dari kita. Tapi masa tu kita dianggap masih budak2 dan dia memang tak layan even pandang sebelah mata pun tidak kat kita. Kita je yang syok sendiri.

 Bila kita dah dewasa dan menjadi seorang gadis yang cantik...(cantik ke?) baru dia sedar kewujudan seorang bidadari ini ...hihihi..aku suka part yang ni. Masa ni selalunya dah terlambat.


Itu part sedih untuk dia tapi part sedih untuk aku ialah bila seorang 'secret admirer' yang gila kat aku ni..yang aku memang tak layan sebab masa tu study is my priority, no cintan2 masa sekolah tiba2 muncul depan mata aku masa aku dah ada anak 2. Its too late baby...simpan saje kenangan itu. (hello doktor..hati saya luka lagi!) ayat frust dia.





Nostalgia "dont cry Joni". Lagu Inggeris pertama yang aku 'jatuh cinta'. Aku bukanlah peminat setia lagu2 Inggeris tapi sebab BFF zaman sekolah sampai la ni yang selalu sangat speaking omputih dan hafal lagu2 tu yang buat aku kenal lagu omputih.

 Norehan Ayat my BFF sekarang ni dah jadi mak hajah.  Dia selalu nyanyi lagu ni dan aku hanya dengar suara dia yang sedap tanpa kenal penyanyi asalnya. Hingga lah sampai sekarang zaman cyber IT di hujung jari aku pun search lah lagu ni dan terjumpalah satu video ni yang very the touching. Tak sangka lagu yang aku suka satu masa dulu menjebak diri sendiri. Sebak! Its make me cry...huhuhu...

Dan macam biasa aku abadikan untuk blog aku di sini.








don't cry.. still here...


if you love something let it go
if it comes back to you, its yours forever
if it doesn't, then it was never meant to be..