Monday, August 8, 2011

ALHAMDULILLAH..

Salam Ramadhan yang diberkati.

Alhamdulillah..dapat menghirup lagi udara Ramadhan untuk tahun ini. Moga puasa dan ibadat kita semua diterima dan dirahmati olehNya.

Alhamdulillah..aku masih bernafas lagi untuk ulang tahun detik kelahiran seminggu yang lalu. Bersyukur Allah masih memanjangkan usia, membenarkan jantung untuk berdegup dan menghirup sisa-sisa usia yang entah sampai bila.

Banyak pengalaman pahit manis yang ditimba. Berbagai dugaan, cubaan dan cabaran untuk seorang insan yang bergelar isteri dan ibu.  Semuanya aku tempuh dengan redha dan tabah. Aku tahu Allah sedang menguji aku. Diujinya aku dengan kesakitan dan kesengsaraan. Diujinya kekuatan iman aku yang kadang kala membuatkan aku hampir2 tersungkur. Diujinya aku dengan fitnah yang mampu meranapkan imanku. Aku terima semua. Aku lalui dengan tenang walau terasa bagai onak berduri menusuk langkah kaki kerana aku tahu di setiap langkah ku ada sinar yang menerangi, ada bayang yang memayungi hingga aku temui pelangi di hujung sana.

Alhamdulillah..Allah bersama2 orang yang sabar dan sentiasa berserah padaNya. Walaupun kadang kala sabar itu pernah hampir hilang dalam hidup aku. Cuma kekuatan iman di jiwa yang menjadi benteng terakhir aku dalam meneruskan perjalanan ini.

Alhamdulillah...bila sabar itu telah sampai ke kemuncaknya Allah akan berikan petunjuk dan jalan yang terbaik untuk kita. Moga aku sentiasa berada di jalanNya dan tidak terleka di dalam perjalanan ini. Amin.


Hayati lirik lagu ini yang aku rasa satu2nya lagu yang terbaik pernah aku jumpa.






IR : moga cahaya lelatu tidak membutakan mataku..