Thursday, March 31, 2011

BAGAI MENGGADAI NYAWA.













Hari Polis 25 Mac 2011
(Jangan tukar blog..ini bukan blog Polis)


Late is better than never.

Selamat Hari Polis ke 204 pada 25 Mac yang lalu.
Selamat Maju Jaya. Menjulang panji2 kesetiaan, kebenaran, kedaulatan hingga ketitisan darah terakhir.

Malam ni ada sambutan Hari Polis ke 204 di IPK Selangor. Aku bukan nak cerita pasal tugas2 polis sebab itu semua di luar bidang kuasa aku. Silap2 cerita kang kena saman lak.

Polis dalam hidup aku banyak kenangannya. Masa kanak2 takut sangat dengan polis. Nampak polis macam nampak sesuatu yang menggerunkan. Macam nampak monster!

Dah remaja sikit aku benci dengan polis terutama polis yang muda2 yang masih dalam latihan. Masa sekolah aku membesar di pekan yang memang menjadi kubu kuat polis masa tu. Maktab Latihan Polis Kuala Kubu Bharu. Salah satu maktab latihan polis yang utama kat Malaysia.

Kenapa benci? Setiap pagi bila berjalan keluar dari asrama nak ke sekolah selalu terserempak dengan platun polis yang sedang berjogging sambil melagukan lagu2 patriotik. Bila berselisih pasti ada mata2, suara2, siulan2 nakal untuk kami. "eeiii!!...gatalnyaaaa..benciii....!!!". Biasalah tu. Adatlah. Bila anak2 muda tengok anak2 dara pingitan yang merah padam muka kena usik bertambah2 lah lagi sakatnya. Bukan polis je, askar atau bomba yang ada kat Kuala Kubu tu semua kami tak suka, sama je..tapi pada aku polis lah yang aku tak suka sekali.

Benci jangan terlalu
nanti benci bertukar rindu..

Betul lah kata pepatah tu. Tiba2 bila habis sekolah aku terasa nak join polis lak. Nak jadi Inspektor. Ramai sedara mara, sepupu2 aku yang masuk polis. Ramai yang menggalakkan aku sebab ada kelulusan dan ada peluang..kata mereka lah. Masa ni polis lak tak nak terima aku (padan muka lah tu..)

Cita2 nak jadi Inspektor tu cuma disambungkan oleh adik angkat aku yang kini dah bergelar ASP. Cuma sekarang ni dapat gak jadi ahli keluarga polis bila polis yang sorang ni bergelar my hubby. Duduk pun kat Perumahan Polis, hari2 tengok polis, kete polis, motor besar polis..semuanya polis.

Kerjaya polis, pengorbanan polis, susah senang polis semuanya aku lihat depan mata. Tu sebab bila tiba hari polis semangatnya lain macam bagi kami ahli keluarga polis ni berbanding dengan apa yang dilihat oleh orang luar. Tengok pakaian seragam polis yang biru pekat dan putih tu segak disarungkan oleh anggota2 polis timbul satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan oleh hati.

Sepatah kata Tuan Halil (berpatah2 sebenarnya) masa borak2 dengan dia suatu petang dulu.. "bila dah jadi polis ni, ibarat satu kaki dah melangkah masuk ke dalam penjara..". Banyak tafsiran di kepala aku masa dengar tu. Bermacam2.  Besarnya pengorbanan polis ni..kadang2 buat aku takut sendiri.

Apa2 pun..semuga PDRM terus mengekalkan kedudukan sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang2 yang disegani dan berintegeriti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.



"faiz..kau tak nak jadi polis macam ayah dan uncle?"

"tak nak lah ma..kita nak jadi diri kita sendiri.."

"bertuah punya budak!"..




IR : teringat lagu Payung Mahkota.













A BUNCH OF THANK YOU.



Wah! bestnya hari ni. Best lagi kalau dapat sejambak rose merah cam gini kan? Pagi2 lagi aku dapat suprised dari seseorang yang buatkan hari ni aku terasa cam very the clear wpun langit kat luar tu mendung.

Suprised!..suprised!..Pagi2 tengok blog rasa lain macam view kat blog aku ni. What a coincidence hah? 


Semuanya gara2 segmen ini - BERKONGSI TRAFIK DARI BANGKU KOSONG-http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/03/berkongsi-trafik-dari-bangku-kosong.html 
Blog aku yang patutnya ada dalam bloglist dia tapi dah terbalik kot, dia lak yang sign in jadi my first follower.  Rasa malu, bangga pun ada bila dia jadi follower. Gara2 dia juga blog aku yang sempoi tanpa lip-lap, bling2 ni menerima kunjungan dari blog2 lain. Satu yang aku belajar dari hal ini..(banyak terjadi dah kat aku) kalau kita ikhlas dan jujur dalam berbuat sesuatu Allah akan balas tanpa kita menduganya.  Thanks a lot! Really appreciated it. Jazakallah...

So..entri ini dan rose merah tu yang hanya dapat dipandang tapi tak dapat dipegang aku dedicate untuk si empunya blog - BANGKU KOSONG.

Patutnya aku hantar award kat dia tapi sejujurnya aku memang tak pandai nak ber award2 ni. Ini saja yang mampu aku lakukan untuk ucapkan rasa terima kasih itu.

Siapa Bangku Kosong ni hah? Aku pun tak habis lagi round blog dia. Yang aku tahu dia salah seorang blogger yang hebat di alam maya ni. Slow2 arr..nanti aku dig blog dia.

Itu cara aku kalau aku appreciated sesuatu. Aku suka memberi dan kalau orang yang menerimanya berasa senang dan gumbira aku lagi lah bahagia. Kalau lah Bangku Kosong ni kat sebelah rumah aku, kek coklat mesti dah sampai kat rumah dia.

Untuk semua rakan2 yang lain, salam perkenalan dan tali silaturrahim aku hulurkan.



IR :  emak budak yang baru nak belajar.




 

Wednesday, March 30, 2011

SATU DALAM SERIBU.


sekadar hiasan


Ok..aku nak sambung lagi kisah Anas. Selepas dimasukkan ke ICU panas badan Anas tak kebah2. 40C ke atas. Memang menakutkan! Yang hanya mampu aku lakukan ialah membasahkan tubuh Anas dengan air. Anas hanya pakai pampers aje. Dia memang dah tak sedar apa2. Wayar2 berselirat di seluruh badan. Kat hidung, badan, tangan, peha dan kaki. Aku tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya bila jarum2 menusuk ke badan dia sebab nak masukkan wayar2 tu. Sampai sekarang kesannya masih ada di kepala dan peha Anas.

Dr Choy pakar dalam bahagian genetik mengawasi Anas setiap masa. Saat paling genting bila Dr Choy minta kebenaran aku nak ambil air tulang belakang Anas untuk check samada kuman dan memasuki otak atau tidak. Aku memang dah tak boleh fikir apa2 dah masa tu. Tak bagi nanti keadaan Anas lagi teruk. Lagi pun Anas dah dalam ICU memang tak boleh buat apa dah.

Masa procedure ambil air tulang belakang tu, aku disuruh keluar. Tapi apa yang aku dengar dari kawan2 yang sama2 jaga anak mereka di wad, proses itu satu proses yang menyakitkan. Airmata tak henti mengalir (huu...huu..aku dah stat nangis sekarang ni..) Aku dah tak malu dah nak nangis di mana2 sahaja di hospital ni bila ingatkan Anas. Kat wad aku menangis, tunggu kat kerusi luar aku menangis, kat surau lagilah punya kuat esakkan aku. Terhenjut2 bahu dan tersedu sedan. Kawan2 yang banyak menyabarkan aku walaupun aku tak kenal mereka. Yang sama cuma nasib kami menunggu dan terus menunggu anak masing2.

Hari ke 2 di hospital keadaan Anas bertambah teruk. Sawannya berulang2 dan yang paling lama hampir 20 minit. Doktor tak ada pilihan lain kecuali memberi ubat tidur (aku rasa lah) dan Anas bernafas menggunakan mesin sokongan hayat (ventilated). Ini untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada otak dia. 

Aku hanya mampu berdoa saat itu. Hanya airmata yang terus mengalir bila menatap Anas di ICU dalam keadaan tidur yang lena. Sekali sekala bila terjaga dia akan terus menangis seperti menahan kesakitan. Apalah yang mampu diucapkan dan diceritakan olehnya dalam usia sebegitu. Nurse lebih banyak meminta aku berehat di wad sementara mereka menguruskan Anas sebab selepas Anas keluar dari ICU tugas menjaga sepenuhnya terletak di bahu aku. Mereka tak mau aku pula yang jatuh sakit.

Memandang sekeliling wad, keadaan amat menyedihkan. Rasa syukur meniti di bibir bila aku lihat ramai kawan2 yang mengalami nasib yang lebih teruk dari aku. Ada yang telah berbulan2 'berumahtangga' di hospital ini menunggu anak masing2. Keadaan anak2 di wad 3 pediatrik ini lain dari yang lain. Wad yang menempatkan kebanyakan pesakit genetik. Katil di sebelah aku Ina, orang Klang. Dah dekat sebulan tunggu anak dia. Anak dia memang sah2 ada masalah genetik sebab dia kahwin sepupu. Anak2 pesakit genetik ni selalunya putih2 dan cantik tapi tetap ada ketidaksempurnaannya yang tersendiri.

Bila Anas dah keluar ICU masuk wad biasa meragamnya tambah teruk. Menangis tanpa henti tak kira masa. Waktu tidur aku ialah bila Anas tidur aku baru tidur. Selalunya tidur sekejap2 aje..menangis yang lebih. Memang waktu tu aku betul2 letih dan lelah. Mata aku dah jadi mata panda.

Yang aku tak boleh lupa bila Anas menangis (sebelah malam) nurse tu sanggup buatkan buaian untuk dia dengan gunakan cadar katil dan gantung pada tiang katil Anas yang tinggi tu (baby coth). Itu semua supaya Anas boleh tidur dengan lena.

Walau pun Anas sakit tapi badan dia tak susut sebab every 4 jam dia akan diberi susu yang dimasukkan melalui tiub di hidungnya dan terus ke perut. So dia kenyang sepanjang masa. Masa ni aku sendiri kena practice camne nak tuang susu tu kedalam tiub dengan gunakan picagari yang besar gedabak. Lepas tu kena belajar nak tukar tiub tu seminggu sekali. Just imagine..nak masukkan tiub dalam hidung Anas dan mesti sampai ke dalam perut dia. Eeiii...aku memang seriau! Doktor kata Anas mungkin dalam keadaan camtu untuk sebulan 2 lagi. Hu..hu..hu..siapa yang tak sedih? Kesian lagi tengok dia yang rasa tak selesa dengan jarum2 yang kat badan dia untuk masukkan macam2 jenis antibiotik. Kadang2 aku rasa doktor ni buat Anas cam barang eksperimen lak.

Beberapa hari lepas tu Anas kena buat CT Scan lagi untuk tengok perkembangan otak dia. Kemudian buat test apa tah aku tak ingat namanya..yang letak banyak wayar2 kat kepala dia nak detect saraf2 yang kena jangkitan kuman dan efect pada beberapa tubuh dia. Masa ni memang suspen gila. Tak giler kau..senang cakaplah..masa ni lah nak tahu Anas ni ada kecacatan atau tidak akibat dari jangkitan kuman pada otak tu.

Esok pagi bila Dr Choy buat pemeriksaan dia dengan selamba bagi tau aku Anas mungkin ada masalah dari segi pendengaran sebab dari test semalam saraf di bahagian telinga dia rosak teruk. Keadaan Anas selepas ini tak seperti kanak2 lain sebelumnya. Dia mungkin akan terbaring seumur hidup!

Aku diam. Ketap bibir, tahan nafas..tenangkan diri walau pun airmata dah bergenang. Bagai ada batu besar yang menghempap bahu. Besarnya dugaanMu ya Allah. Terasa diri terlalu kerdil saat itu. Aku terima semua ketentuan dariNya. Aku tahu Allah sayangkan aku dan aku kini sedang diujiNya. Dalam hati tetap berdoa dan aku tahu aku masih punya harapan lagi untuk pulihkan Anas cuma perlukan masa yang agak lama. It's not end of the world!

Lepas keluar hospital aku berhenti kerja untuk jaga Anas sepenuh masa. Jawatan yang aku sandang hampir 15 tahun aku lepaskan begitu saja. Anas kini bukan seperti anak2 yang lain. Dia kini ANAK ISTIMEWA.

Beberapa hari aku buntu macam tak boleh fikir dah. Hilang terbang semangat sebenarnya tapi demi Anas dan anak2 yang lain aku cuba bangun dan melawan semua 'kesakitan' itu. (ni maleh nak cite ni..mata aku dah bengkak ni...)

Walau pun Anas dah pulih semula tapi dia hanya mampu tergolek2 atas lantai. Tak boleh buat apa2 pun. Makan masih guna tiub. Paling aku elakkan kalau Anas terkena demam sebab takut sawan dia berulang lagi. Tapi Alhamdulillah..memang tak ada sawan cuma antibodi dia tak kuat. Kalau anak2 yang lain batuk atau selsema dia amat mudah berjangkit.  Bila bawa Anas ke klinik aku rasa macam aku ni jadi alien sebab semua orang pandang semacam. Sebab masa tu tiub kat hidung Anas tak buka lagi. Mungkin orang2 luar fikir..teruknya sakit budak ni...dan itu bukan satu pemandangan yang biasa untuk dia orang. Aku rasa macam nak letak Anas dalam kelambu je.

Masa jerubu melanda Malaysia dengan teruk sekali tahun 2004  Anas juga terkena kesannya. Shah Alam jadi gelap tiba2 dan Anas tiba2 dapat athsma pula. Aku bawa dia balik kampung angkut dengan nebuliser yang doktar pinjamkan. Setiap 4-6 jam aku kena bagi gas kat dia. Lagi sekali aku jadi 'doktor pelatih'.

Pertengahan July 2004 Allah beri petunjuk kat aku dalam menyelesaikan 'kifarah' yang aku tanggung ini. Sambung lagi ye..



IR : kau..terlalu istimewa.

Tuesday, March 29, 2011

NOT IN THE MOOD.

Hmm...mood nak berblog la ni slow lah sikit..nape erk..? tak tau lah.. apa2 pun aku masih ada di sini.


Terimalah ini sebagai ganti...




                                                                TIRA MISS U..

                                       

Rasa cam nak pekena benda ni je..baru dapat mood balik  kot..(alasan!)



IR : hidup biar sedap!

Sunday, March 13, 2011

PENANGAN LAST MINUTE!

Memang dah mentaliti rakyat Malaysia suka buat kerja disaat2 akhir. Suka buat last minute. Kadang2 last minute ni boleh jadi untung tapi selalunya rugilah.

Janganlah marah bila baca kenyataan ni. Banyak bukti terpampang depan mata. Segalanya benar belaka. Bukan tohmahan.

Contoh paling terang lagi bersuluh macam lampu spotlight kat Stadium Shah Alam tu ialah kes yang baru2 ni. Apalagi..saman trafik lah!

Kerajaan khasnya PDRM dah baik hati sangat bagi diskaun 50% lagi untuk jelaskan saman dari Ogos 2010 sampailah 28 Feb. 2011 ari tu.

Hari terakhir 28 Feb menjadi hari yang sangat2 sibuk di setiap balai polis dan pejabat pos kat Malaysia ni. Segalanya huru hara dan kelam kabut! Semua nak kejar dateline dan diskaun 50% dan tak mau nama diblack listkan.

Hubby aku pun terkenalah gak tempiasnya. Walau pun trafik bukan chanel dia, tapi dah namanya polis orang nampak sama je. Aku tengok ada gak lah 2 3 saman yang orang kirim kat dia minta tolong bayarkan.

Itu kira biasalah kan. Yang tak biasanya..aku gak terkena!

Masa ni rasa glamour lah sekejap bila lagu...my baby you dr hp aku asyik berkumandang dapat call dari sedara mara dan kawan2 yang minta tolong. Yang jarang2 call aku pun tiba2 nama tertera kat skrin hp.  Ada yang dah tak larat nak beratur, nak termuntah bersesak2 dan macam2. 

As usual lah.. aku tak kisah semua mende tu.  Sapa lagi nak tolongkan. Aku bantu selagi yang terdaya, termampu. Dan semuanya aku hulur kat hubby.

"Yang, tolong ya..kesian dia orang."



 







Tapi tak semua orang dapat jelaskan pada hari terakhir sebab terlalu sesak dan sistem komputer jadi tidak berfungsi.

Makanya dengan baik hati dan rasa perikemanusiaan terhadap warga Malaysia yang selalu menyanjung kerja2 polis dan kadangkala banyak gak yang mengutuk maka PDRM lanjutkan lagi hingga 10 Mac 2011. Dan seperti biasa mentaliti orang kita tetap tak berubah. Lega dan lengang sekejap balai polis dan pejabat pos lepas pengumuman tu. Dan semalam 'tsunami' ke 2 melanda semula  pejabat pos dan balai polis pada skala 8.9 skala richter macam melanda Jepun petang tadi. Kelam kabut, huru hara, kacau bilau lah jugak. Nasib lah ye sapa2 yang tak sempat bayar tu. Salahkan diri sendiri.

Agak2nya lah..kalau mentaliti ni tak berubah, ada untung ke?

Ada jugak kot?..bila aku rasa aku boleh kenakan service charge hanya untuk uruskan bil2 saman dia orang ni. Amacam? Rm10 sorang ok tak?

Agak2nya Tuan Halil setuju tak dengan idea aku ni?



IR : one bullet killing for 2 birds..hee..hee..

Friday, March 11, 2011

NAK LEPAS GERAM.

Dah lama pendam perasaan ni. Dah berkali2 aku cuba tapi masih tak dapat2 gak. Agaknya kalau diibaratkan macam perempuan mengandung, dah bersalin agaknya. Entah2 dah nak mengandung lagi sekali...ishk!..ishk!..ishk!..

Satu hujung minggu yang lepas, dalam sibuk2 terkejar ke sana ke mari  aku nekad gak. Mesti buat ni. Mesti dapat gak kali ni. Lagi2 kak cik asyik merengek2 kat aku. "ma..buatlah ma..buatlah ma.."

Kesian pun ada. Asyik minta je. Takut pun ada. Ialah selera budak2 ni takut kempunan. Mak selalu kata kalau tak boleh buat pergi beli. Jangan asyik menyebut2 je.. tak baik!. Itu mind orang dulu2 lah tapi kadang2 boleh pakai gak. Lagi pun aku sendiri memang dah lama teringin nak buat ni. Barang2 dah lama beli terbeku kat dalam esbok. Kang expired lak rugi lagi. Apa ke benda korang sebut..lasagnyia..lasagna. Hah! itu lah bendanya.

So, stat hari jumaat malam sambil mesin (?) kain berputar aku pun ligat 'bersilat' kat dapur sediakan dulu sos daging untuk lasagna. Simpan dalam fridge untuk masak esok malam. Just imagine berapa lama aku ambil masa nak siapkan sepinggan, semangkuk caserol lasagna? Busy lah tu..

Sabtu petang sebenarnya nak buat tapi tak sempat. Akhirnya hari minggu malam baru aku dan kak cik sibuk nak buat lasagna yang dah lama diidamkan. Dalam kepala dah ingat aku nak guna instant lasagna aje yang dah lama aku beli.

Sambil siapkan bechamel sos aku suruh kak cik keluarkan kulit lasagna tu dan rebus sekejap sebab aku suka kalau lagi lembut. Tapi tiba2..

"ma..tengok!'

Aduh!!!..lasagna sheet tu dah expired! Dah berlubang2, siap ada kutu2 yang cam kutu beras tu. Tepuk dahi aku!

Mana nak gagau kulit lasagna malam2 ni oiii? Sos daging dan bechamel sos dah siap. Tertunda lagi ke selera aku kali ni?

Kalau dah ada dalam darah ni mengalirnya darah Panglima Hitam, semangat tu memang tak pernah putus. Terus membara!

Rileks kak cik. I got an idea. Dapat gak kita makan lasagna kali ni.

Alhamdullilah, thanks God. Akhirnya macaroni menjadi penyelamat pada lasagna aku.

Jom rasa..de'rossi macaroni lasagna.





kuning keemasan..lepas juga geram.




                                                                   macaroni lasagna.






Buat 2 bekas aluminium tu. Satu bawa ke ofis. Sedap! siap ada yang nak order lagi. Hilang terbang rasa penat bila orang suka masakan kita.

Oh!..nak cuba ke? Resepi ni aku dapat dari internet (CNP) dan modified sikit ikut selera sendiri. Enjoy ur own bite!


Bahan2
1 bungkus kulit lasagna

1 s/b butter/margerine/minyak
½ s/k garam
Air untuk merebus
(Instant lasagna x payah rebus)


Air + garam dah mendidh masukkan butter dan kulit lasagna. Dah lembut tapis dan jirus dengan air sejuk. Put aside.

Sos Daging
2 s/b minyak zaitun
2 biji bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar cincang halus
1 bungkus daging cincang (Ramly)
3 biji tomato potong kiub - boleh guna tomato with basil, garlic & oregano dlm tin
1 tin kecil tomato puree (du chef)
1 tin cendawan butang potong nipis.
Air, kiub ayam, garam, gula dan mixed herb/oregano.

Panaskan minyak zaitun. Saute bawang putih dan besar. Dah wangi masukkan daging. Gaul rata. Masukkan semua bahan2 lain. Masak hingga daging empuk. Jangan terlalu kering.

Bahan2 Sos Putih
50gm butter                        ) roux
1/2 cwn tepung gandum     )
2sb minyak zaitun
2 cwn fresh milk
1 cwn  Air
cheddar/mozarella cheese (ikut suka banyak mana)
1 kiub ayam
serbuk lada putih
sedikit bawang putih dan bawang besar cincang
mixed herb/oregano, garam.

Cairkan butter. Masukkan tepung dan kacau laju dengan whisk sampai kuning sikit je. Tepikan.
Panaskan minyak. Saute bawang2. Harum mewangi masukkan kiub ayam dan serbuk lada putih. Masukkan roux  gaul rata dengan whisk. Tuang air dan susu segar. Masukkan cheese dan oregano dan garam. Kalau pekat sangat tambah air. Siap.

Proses melapis.
Susun kulit lasagna. Ratakan sos daging diatasnya. Lapis dengan sos putih. Tabur rata cheese. Nak sedap letak cheese banyak2. Ulang lapisan sehingga habis. Lapisan atas sekali adalah sos putih dan taburan cheese. Bakar 180C lebih kurang 20-30 minit atau hingga kuning.

Tips untuk masak western/italian food yang sedap:

* guna bawang besar kuning (bawang bombay).
* minyak zaitun untuk dapatkan rasa yang sedap.
* guna butter bukan margerine.
* guna fresh milk
* masa buat sos daging, renih daging dengan api perlahan hingga empuk. Omputih kata lagi lama lagi sedap.



 

                                                    ini lah kulit lasagna.


"thanks ma.. lepas ni boleh lah buat tiramisu, cheese cake, cabonara..."

"kak cik stop!"



IR : rindu kat lempeng dan roti canai mak.






Thursday, March 10, 2011

COKELAT OH COKLAT!

Hmmm...aroma coklat menusuk2 ke saraf hidung, meresap terus ke saraf2 dalam jiwa bila setiap petang keluar dari ofis menuju ke guard house harumnya mengiringi keberangkatan aku pulang. Wangi!..macam aromaterapi pula untuk aku. Lembut mendamaikan jiwa walaupun kadang kala menggoncang selera!

Anda suka cokelat atau coklat? Aku suka dua2. Tak ada bezanya cuma sebutan yang berbeza.  Dari dulu aku memang coklat crazy, coklat lover.  Dari coklat wafer bungkus plastik merah beralih ke coklat cadbury kertas purple. Apa saja yang based dari coklat memang melazatkan. Susu coklat, brownies, tat coklat dan macam2 lagi. Kek coklat usah cakaplah. Ikut hati mati!

Membayangkan coklat berada di dalam mulut dan mencair dengan rasa yang lazat atau sedang menghirup secawan coklat panas dalam kedinginan cuaca Bandung suatu ketika dulu atau menikmati harumnya bau coklat cheese yang baru masak dari oven pastinya saat2 yang begitu indah. Coklat bukan untuk anak2 kecil sahaja malah orang dewasa lagi giler.

Coklat sering dijadikan lambang cinta, hati dan perasaan. Selalu dijadikan hadiah untuk tersayang. Mengapa coklat selalu dianggap lambang cinta seseorang? Apakah yang terkandung didalamnya yang menjadikannya terlalu istemewa? Anak2 aku sanggup berhambat, bergaduh gara2 berebut coklat. Hubby kata itu semua ikut gen aku yang gilakan coklat!

Dan kini bila aku benar2 terjebak dan terjatuh ke dalam 'telaga coklat' di Quantum Supplies ni citarasa coklat aku beralih arah.

"bila you dah rasa coklat kita nanti you akan lupakan coklat2 kat luar tu"

Fuhh! hebatnya! Coklat apa ni?

First time dengar nama Danson dan Fidani aku rasa macam memang tak pernah dengar. Mana taknya, coklat2 ni dicipta untuk golongan pertengahan dan atasan. Pulak tu tak ada kat kedai2 biasa cuma di tempat2 yang eksklusif je like airport KLIA, LCCT, Langkawi, Penang, Kota Kinabalu, Labuan dan Genting Highlands. Mana lah aku nak jumpa bila selalu beli coklat hanyalah kat kedai mamak, Tesco, Giant, C4 atau kat 7-11. 

Apa hebatnya coklat Danson dan Fidani?

Fuhh!! sendiri cuba baru tahu!

Rasa lemak koko yang enak dalam coklat yang diimport dari Belgium yang memang terkenal dengan coklat tu boleh buat seseorang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Real coklat tak manis macam coklat yang lain tapi lebih kepada rasa coklat yang sebenar bila telah siap diadun. Bukan omong kosong..aku coklat lover aku tau lah. Tanyalah kawan kita Azman Gani macamana dia menikmati keenakan coklat bar almond masa memandu ke Subang Jaya nak jemput Suzana sambil makan coklat yang aku bawa buatkan dia tersasar jalan. Leka makan coklat yang sedap! Tak percaya coklat itu buatan Malaysia. Dan aku pun tak percaya dia seorang lelaki pun suka cokelat cam aku!

Cecite sikit!

First time rasa coklat Danson aku dah ucapkan selamat tinggal pada zip cadbury dan kit kat nestle. Tanpa menoleh lagi pada ferrero rocher bila coklat Fidani mengambil tempat. Coklat handmade yang terkenal dengan coklat berintikan durian. Inti duriannya memang pure! Harganya agak mahal sikit tapi berbaloi. Yang paling utama adalah HALAL dan tanpa ragu2. Tu yang buat Suzana selalu repeat order untuk anak buahnya yang memang cerewet pasal coklat2 ni. Yang selalu tengok ada tak kod E E  macam coklat2 lain kat luar tu. Bangga dengan usaha bangsa kita sendiri.

Kalau nak buat hadiah, hamper, doorgift, souvenir majlis kenduri kahwin and so on sangat2lah sesuai. Coklat Fidani yang handmade boleh ditempah ikut citarasa sendiri, bentuk, design hatta nak letak gambar sendiri pun boleh. Design by your own.

Bila dah namanya 'hantu coklat', pantang ada coklat yang 'disedekahkan' pada kita orang kat ofis ni aku lah orang yang  sangat2 bersyukur bila dapat rasa coklat2 yg masih dalam eksperimen tu  (sample) atau pun sekali sekala dapat gak merasa coklat2 Fidani yang lazat dan enak. 

Orang kata makan coklat ni boleh gemuk. Ia ke? Jangan lah..aku suka coklat tapi tak nak gemuk. Aku pun korek2lah kat internet pasal info coklat ni. And don't be supprised!...lihat apa yang aku jumpa..taraaa...!!

Info ni sedikit ilmiah for your knowledge.

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.
Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodine ialah punca utama jerawat. So terbukti coklat tidak menyebabkan jerawat.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan (Alhamdulillah...)
Isu sebenarnya ialah apabila kita makan berlebihan.  Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat.  Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan "…coklat boleh dimakan secara sederhana."


Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat.
Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.


Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Kerosakan gigi disebabkan oleh  hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.  Tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dapat mengurangkan pengeluaran asid gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Punca utama  ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya.  Coklat kaya antioksidan, dikenali sebagai fenol
dan flavonoid untuk menangkap radikal bebas dalam tubuh dan mengurangi kolesterol dalam darah. Antioksidan ini 3 kali lebih banyak dari teh hijau.
Fakta 6: Coklat memberi ketenangan.
Coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.  Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.


Fakta 7: Coklat untuk kesihatan
Coklat mengandung vitamin A, B1, vitamin C, D dan E serta nutrisi seperti zat besi, kalium dan kalsium. Coklat juga mampu mengurangkan kesakitan yang dialami semasa datang bulan (PMS) kerana koko merupakan sumber magnesium yang tinggi untuk mengurangi efek negatif dari PMS.
Bahan penting dalam pembuatan coklat iaitu theobromine yang dikatakan mempunyai kesan tiga kali ganda lebih efektif untuk menghentikan serangan batuk. Theobromine tidak mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk.

Fakta 8: Coklat Simbol Cinta.
Memberikan coklat untuk orang tersayang adalah kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Coklat memiliki tekstur yang lembut dan akan cair secara perlahan saat berada di dalam mulut. Ini memberikan efek nyaman, rileks dan dapat meningkatkan rasa ghairah seseorang. Terkandung pula phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta. (patutlah..bila aku makan coklat rasa cam jatuh cinta je..hee..hee)

Fakta 9: Coklat untuk Kecantikan.
Antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan, maka tidak heran bila saat ini berkembang lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
So, tepuk dada tanya selera dan tanyalah iman. Tapi macamana ye nak tahan selera bila coklat dah terhidang depan mata. Free lak tu. 

coklat Fidani yang first class! Fine Belgian Recipe.









Chef Amir semasa bersama Fidani.







Sebahagian dari coklat Danson produced kat Quantum Supplies.







Hari2 makan coklat, hari2 rasa jatuh cinta..





Dapat hadiah dari my son sempena hari ibu 2 thn lepas.




 


Kalau nak cari coklat Danson dan Fidani tu aku rasa korang tau kat mana nak carikan? (orang terdekat..aku le..) and for more info about Danson and Fidani jangan malu2 klik http://www.quantumsupplies.com/ atau sila2lah mampir ke Quantum Supplies di Kota Damansara (03 61569960) atau Fidani di Glenmarie Shah Alam (03 55132283).



JATUH HATI SAYA..

"Handsomenya dia. Jatuh hati saya..bedebuk!..buk!..buk!..buk!"

Itu komen Joy bila lihat klip video di bawah ni.

Memang ramai yang jatuh hati, hati jatuh bila tengok dia ni. Ada gaya, ada rupa, ada karisma, ada suara, ada xfactor tersendiri cuma sampai hari ni dia masih tak kawin2 lagi. Kesian!

Tak kurang juga yang tak suka. Adatlah. Nama pun manusia.

Apa2 pun aku suka suara dan lagu2 dia. Jom layan...







(sorry lah ye..KRU dah cabut wayar klip video ni..ari tu ok je.)

Anak2 sibuk ajak pergi tengok cite ni. Lamanya aku tak jejak panggung. Nak bersesak2, cari parking tu yang maleh tu. Lagi lah kalau cite ni baru mula2 keluar. Mesti ramai ni. Tunggu keluar kat tv je lah ye..


IR : ku kan terus mencinta selepas selamanya..

Monday, March 7, 2011

AKU LAH ITU...

Masa sekolah rendah dulu bila cikgu, kawan2, sedara mara tanya dah besar cita2 nak jadi apa? Soalan yang aku tak suka sebab aku tak punya jawapan untuk itu. Senang jawab yang terlintas kat kepala  aku hanyalah jadi GURU/CIKGU. Kenapa guru? Entah. Masa tu aku rasa profession guru sangat2 disanjung tinggi oleh masyarakat.

Bila masuk sekolah menengah dah ada 2 3 cita2 dalam kepala selain cikgu. Nak jadi wartawan dan inspektor polis. Guru dah jatuh no 3.

Tapi aku terpaksa akur pada hakikat diri aku.Wartawan dan polis dua kerjaya yang memerlukan komitment yang sangat2 tinggi tanpa mengira masa. Tak kenal siang malam, kerja tak tentu tempat dan keadaan.

Aku pernah interview untuk masuk UITM ambik Mass Comm. Tak dapat sebab masa interview tu aku hampir menangis sebab tak tahan kena herdik dan torture. Orang Mass Comm jiwa kena kental, telinga kena tebal, mulut mesti laser. Ia ke?

Inspektor tu hanya tinggal kenangan sebab masa tu aku tak sanggup nak korbankan rambut aku yang panjang mengurai jadi kontot. Masa tu aku rasa aku pun tak fikir panjang. Habis latihan kan boleh bela rambut panjang walau pun tak boleh nak mengurai berjela. Aku anggap tak de rezeki, bukan rezeki aku. Lagi pun jalan takdir aku bukan untuk jadi polis. Kalau aku jadi polis tak jumpa lah dengan hubby aku sekarang ni, mungkin jumpa inspektor lain kot..

Moral of the story, dua2 kerja tu tak sesuai dengan jiwa fragile aku.

Kerjaya cikgu timbul semula bila reunion dengan kawan2 selepas 26 tahun tinggalkan sekolah. Rata2 kawan2 aku ramai yang jadi cikgu. Yang tak de tokoh, tak de gaya jadi cikgu masa dulu, yang kerek2, yang suka ponteng2 tapi sekarang jadi cikgu.

Ramai yang ingat aku jadi cikgu. Intan rakan sekolah dari form 1 sampai upper six mati2 kata aku memang layak jadi cikgu.  Ada gaya ada karisma. Cewahh..!! Dia yang patutnya tak jadi cikgu sebab dia rendah dan kecik orangnya. Kalau berdiri dengan aku Intan hanyalah separas bahu aku sahaja. Anak2 murid lagi tinggi dan besar dari dia. Tak pe lah intan..rezeki Allah dah tetapkan cam gitu. Ada hikmahnya.

Tapi kan..cikgu bukan sekadar guru di sekolah aje kan? Mengajar kat tempat lain dan dalam ertikata mengajar pun orang boleh panggil cikgu. Buktinya.. kat bawah ni.

                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           V

                                                                           



cikgu Ita..

anak2 murid yang dahagakan ilmu.







perlukan skill yang tinggi ni..


practice make perfect.



hasilnya..


IR : hidup biar berbudi, disebut2 sampai mati.