Friday, December 31, 2010

SELAMAT TINGGAL KENANGAN.

Kalendar 2010 telah tiba ke noktahnya. Setahun yang berlalu menjadi satu lagi kisah sejarah dalam hidup . Berbagai kenangan dan bermacam2 peristiwa yang dicatatkan mewarnai hari2 semalam. Kenangan manis menjadikan aku bahagia. Kisah pahit ku jadikan penawar untuk menghadapi hari2 mendatang yang tidak ketahuan.


Awal 2010 seseorang memberitahu aku, tahun ini aku akan menemui ramai orang-orang yang akan hadir dalam hidup aku. Yeah! that's right! sbb aku secara tak sengaja termasuk dalam dunia FB. Sejak itu ramai teman-teman yang dahulu, rakan-rakan yang baru menjadi sebahagian dari 'pelakon-pelakon' dalam perjalanan hidup aku. Berbagai ragam bermacam cerita yang terjadi dan dikongsikan.


Tidak sahaja kehadiran ramai orang dalam hidup, aku juga kehilangan beberapa rakan, sahabat, teman dan saudara. Yang 'menghilangkan' diri dan juga yang mengundurkan diri dari aku. Kehilangan untuk selamanya dan juga kehilangan yang dipinta. Aku doakan semoga kalian tetap bahagia walau tiada di sisi tapi tetap di hati.


Satu yang pasti, usia makin bertambah. Hari2 semakin singkat walau perjalanan terasa masih jauh. Banyak yang telah dicapai dalam hidup dan terlalu banyak yang belum diperolehi. Terlalu banyak yang belum diterokai. Moga kisah2 semalam  menjadikan aku semakin matang dalam hidup, semakin mengenali diri sendiri dan semakin bijak mewarnai kanvas perjalanan 2011 dengan warna-warna seindah pelangi, sehangat mentari pagi, secantik purnama merindu dan terus bersinar bak bintang kejora.


Selamat tinggal 2010, selamat tinggal kenangan.




IR : ku ketuk pintu 2011 dengan ucapan salam keberkatan dan kebarokahan. amin.

Thursday, December 23, 2010

NASIB BAIK LAH...

Aduh!..pening kepala!..fed-up pun ada bila hujan turun lebat sikit je aku dan rakan-rakan terpaksa meredah hujan untuk mengalihkan kereta yang parking di bahu jalan depan ofis. Hujan lebat dalam 1/2 jam je for sure air naik sampai tenggelam 1/2 tayar kereta.


Hujan petang ni dalam kul 3 tadi aku tunggu dan lihat je sebab sekejap hujan kuat, sekejap cam reda sikit. Akhirnya sampai kul 5pm hujan mula renyai-renyai dan air bertakung kat depan ofis berlalu pergi. Malas dah aku nak alihkan kereta.


Masuk ke highway NKVE dah mula jam. Musim-musim hujan ni memang kena berhati-hati lagi-lagi aku ni yang rabun jauh. Nak pakai spek malas. So terpaksa lah bawa slow sikit. Tak de apa-apa pun kat depan tu boleh gak jadi jam.


Bila bawa kereta ni dari dulu lagi aku selalu 'tertipu' dan 'terkena' dengan situasi blind spot. Seriau gak bila tiba-tiba kereta belakang hon aku bila aku nak masuk lorong sebelah. Ntah dari mana datangnya kereta tu memang aku tak nampak. Rupa-rupanya kereta tu ada di situasi blind spot. Sampai sekarang kalau nak masuk lorong sebelah kanan especially aku tenggok cermin sisi, cermin pandang belakang dan kalau nak confirm lagi toleh je ke belakang tengok kereta ada ke tak.


Sebab malang tak berbau kan..so, ni lah nak habag mai kat kome-kome semua. Exit dari tol Subang Airport petang tadi aku terus menyusur ke lorong kanan nak masuk jalan ke Federal Highway. Kereta tak banyak sangat so aku pun mula lah nak tekan minyak laju sikit. Kat depan aku ada 2 moto yang agak rapat lebih kurang 50 meter di depan. Masa tu aku dah berada di lorong tengah.Tah macamana satu dari moto tu tiba-tiba tergolek dok dan jatuh terpelanting ke lorong sebelah kiri. Pemandunya jatuh berguling-guling ke lorong sebelah kanan. Ya Allah!..itu saje ayat yang terkeluar dari mulut aku.


Nasib baik lah aku tak panik. Masih sempat brek dan memperlahankan kereta ketika aku cuba mengelak pemandu yang jatuh dan ada sebuah beg di lorong tengah. Tangan dah nak capai isyarat kecemasan bila aku tengok dari cermin pandang belakang pemandu tu dah bangun. Tak jadi nak berhentikan kereta. Kalau aku berhenti kat tengah-tengah tu for sure jam panjang lah kat belakang tu. Silap-silap orang ingat aku yang langgar moto tu.


Nasib baik lah kereta belakang tak hentam bontot kereta aku. Nasib baik jugak tak ada pembonceng atas motosikal tu. Kalau lah ada, aku rasa dia mesti dah masuk bawah perut kereta aku. Eeeii!!..seriau!!


Nak menyampai ke Tol Batu Tiga tiba-tiba aku rasa menggeletar dan menggigil. Terkejut sebab kejadian tadi. Ishtifar banyak-banyak sampai lega. Nasib baik lah tak de apa-apa...




IR : nasib tak selalunya baik..selalu bernasib baik.

Saturday, December 18, 2010

KU RELAKAN KAU PERGI



Ku tatap mata itu. Tiada lagi sinar cahaya cinta seperti sebelumnya. Redup pandangan penuh ketenangan. Tiada lagi seri purnama di wajah. Yang tinggal hanya seri anggun sang ratu yang layu. 

"Apakah warna pelangi telah berlalu pergi? Awan bahagia yang memayungi diri mu menjadi mendung kelabu?" 

Senyum masih semanis monalisa. Tenang dan bergetar suara mu saat kau khabarkan ceritera itu.

"Telah tiba saat itu. Ku renggut sendiri kebahagian dalam diri. Ku kuburkan cinta dalam hati. Ku kapankan menjadi memory abadi. Akhirnya begini:"    

Mudahnya melepaskan kata-kata untuk berlalu pergi. Yang tinggal hanya terpinga-pinga rasa sakit di hati. Tiada pesan, tanpa pamitan. Apakah tiada secebis perasaan di hati? Tiadakah sekelumit rasa kasih dalam diri?

Bukan menyesali takdir pertemuan ini. Jauh sekali untuk aku menangisi. Cuma rasa terkilan di hati bila kau pergi begitu sahaja. Hadirmu tanpa rencana pergimu tanpa sepatah kata. Pun begitu aku cuba memahaminya. Kau tidak mahu menggantung harapan terlalu tinggi. Tidak mahu meninggalkan tugu kenangan yang akan kita ingati sampai mati. Kerana semua itu akan lebih menambah luka di hati.

Takdir Allah tiada siapa mampu mentafsir. Kata-kata dan harapan menjadi satu doa. Doa yang didengari Allah dan dimakbulkan menjadi satu medan ujian dan dugaan untuk kita. Cuma seketika dipinjamkan rasa kasih dan sayang itu untuk menguji apakah kita mampu menahan diri dengan iman di hati. Cuma sebentar kebahagiaan itu yang mampu kita kenangi untuk seumur usia diri. Berat dugaan Mu yang Allah. Ku cuba gagahi ujian ini dengan sekuatnya. Akal fikiran dan iman didada menjadi saksi kata putus yang diberi. 

Pergilah..ku relakan kau pergi. Meski pun ada airmata yang tumpah nanti ketahuilah itu bukan airmata perpisahan, bukan airmata penyesalan tapi adalah airmata kenangan.

Andai satu hari nanti ada pertemuan menggamit kembali segalanya aku serahkan pada ketentuan Ilahi.

Bungkam. Dia menundukkan wajah memandang diri sendiri.

"kau relakan dia pergi meski pun luka menikam diri?"

"Itu yang terbaik untuk aku dan dia. Biarkan dia pergi asalkan Tuhan masih di sisi. Itu pengabadian yang hakiki."

Ada rasa yang menyentuh hati. Ada hiba dalam diri. Tapi aku pasti..dia masih yang ku kenal dulu. Cekal dan tegar. Biar dari sudut hati yang paling dalam ada sembilu yang masih bersisa. Moga bahagia tetap milik mu.  

Waduh..!! melankolia sungguh bila sekali sekala ada rasa resah menerjah diri, maka boleh aku buat novel kisah cinta ini.


IR : biar kasih mewangi hingga hujung nyawa..

MENDUNG SI MEGA MENDUNG

Awal pagi dah mendung. Kain baju banyak di jemuran. For sure sejuk sampai petang lah ni.
Tapi semalam hari yang indah. Sepatutnya aku coretkan ini untuk semalam tapi semalam hari yang sangat sibuk.


On the way ke ofis pagi2 lagi matahari dah memancar garang. Aku dapat rasakan pagi itu sungguh berseri dan cerah sekali. Terasa bersemangat untuk melakukan apa sahaja. Semua yang dibuat rasa ringan dan mudah. Kuat betul pengaruh cuaca ni. Hati berlagu riang.  Allhamdullillah..rasa bahagia sangat.


Ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Betul lah tu..tiba2 hujan turun lebat. Berhenti dan hujan lagi hingga waktu balik. Pashmina aku balut ke tubuh melawan kedinginan aircond dalam kereta. Mendung petang bersambung dengan gelapnya malam. Automaticly mood aku turut berubah...menjadi mendung juga.!


Aduhai..tiba-tiba sakit gigi lah pulak..Sakit gigi yang lama berulang kembali. Rasanya tak dapat diselamatkan lagi. Esok mungkin kena pegi cabut. Takut pun ada sebab ini gigi geraham. Lagi satu gigi akan hilang.Tak ada yang kekal di dunia ini walaupun namanya gigi kekal. Kali terakhir aku cabut gigi 7 tahun lalu. Kali pertama 10 tahun yang lalu. Aku menangis. Bukan sebab sakit tapi sebab sayang. Sayang sebab gigi tu tak akan tumbuh lagi!


Hari ini terus mendung sampai ke petang. Mendung+moody+malas..menjadilah tu.! Hai mendung beraraklah pergi. Bagi peluang mentari mencelah gagah menyinari hari nan indah.






IR : mendung di hati akan berarak pergi  atau menjadi tsunami?

Wednesday, December 15, 2010

BILA CINTA MENYAPA




di rembang petang
aku tatap wajah itu
berseri bak bulan purnama
mata bagai bintang kejora
penuh cahaya cinta
senyum semanis madu
hati berkata
indahnya..


"are u in love?"
aku menebak perasaannya
kaget dia
kerana aku dapat membaca
gelora di hati
memerah pipi menahan malu
bibir mengukir senyum bak monalisa


"aku sedang merenda hari-hari manis
di awan cinta
aku sedang berlagu kasih di bawah
pelangi bahagia..
izinkan aku mengecapinya
walau untuk seketika cuma
kerna aku tahu
ini semua tidak lama
sebentar cuma
izinkan aku bahagia
walau sebentar cuma.."


aku terkesima!




IR : biarkan kenangan berbunga di ranting usia..

aku berpuisi lagi..

bagaimana aku melupakanmu
jika setiap hari merindu
bagaimana aku membencimu
jika kau tetap dihatiku..


dari daerah hati yang paling dalam
ku bukakan ruang untuk kau huni
setelah berkurun daerah itu sepi
kau taburkan warna-warna pelangi
kau hidupkan hati yang telah lama mati
kau sinari dengan nur kasih suci


lena tak selalunya panjang
mimpi tak selamanya indah
andai bahagia itu
diutuskan darimu
aku terima seadanya
bahagia tidak bererti memiliki


kau dan aku
kita mengerti akan itu
kita takkan bersatu
kita takkan pernah bersatu...


Tuhan
maha agung kasihMu
maha indah cintaMu
izinkan aku menerima
secebis dari rasa itu
untuk ku hamparkan di hatiku
redhakan aku terima
ketentuan dariMu
ini adalah takdirMu
maafkan aku..



IR : bahagia tidak bererti memiliki..

Thursday, December 9, 2010

KEMBALI PULANG

Langit mendung. Awan kelabu. Dari Bandung cuaca berkabus bersambung hingga ke Shah Alam. 6 hari meninggalkan bumi bertuah lega dapat kembali semula. Penat! akhir sebuah perjalanan. Hari ni aku mc. Dingin Bandung disela hujan sepanjang hari membuatkan tubuh badan tidak dapat melawan desakan cuaca di sana. Aku demam 2 hari. Demam-demam pun tangga Pasar Baru masih mampu diinjak. Aduhai..itu lah naluri wanita. Shopping salah satu cara menghilangkan stress!. That's right! Setuju 120%. Pagi tadi doctor chek BP aku ok aje. Thats mean aku betul2 meninggalkan segala beban di bahu dan kepala nun jauh di puncak Tangkuban Perahu. Terbenam dalam ke dasar Kawah Putih.


Memandu sendirian dari KLIA ke Shah Alam malam tadi aku rasa macam tak sampai je. Badan letih, mata mengantuk. Berhenti sekejap di R&R Dengkil melepaskan lelah. Aku rasa macam tak boleh bangun je untuk hari ini. Alhamdulillah dah beransur ok sekarang.


3 beg barang2 masih tidak disentuh. Biarkan. Masih punya waktu. Sebelum ke Bandung tiada secebis nota di blog ini untuk itu. Tak sempat menulis dan meng update.  Selebihnya teruja untuk berpergian seorang diri. Alhamdullilah..aku selamat pergi dan kembali lagi ke sini.






IR : Masih indah kah mimpi semalam itu?