Thursday, October 28, 2010

KAU YANG TERISTIMEWA

Setiap orang dalam hidup ini akan menemui seseorang yang dirasakan terlalu istemewa untuknya. Yang dekat di hatinya. Yang lekat di jiwanya. Tak kiralah siapa pun orang itu. Lelaki perempuan tua atau muda. Sesuatu yang istimewa di dalam dirinya yang hanya kita yang tahu dan hanya kita yang nampak dan tak terlihat oleh orang lain. Ada chemistry atau ada 'jodoh' kata orang tua-tua.

 Dalam hidup aku sendiri ramai orang-orang yang istimewa hadir dan ditemukan oleh Allah. Mereka datang dan pergi dan kadang kala kembali semula. Daun-daun kalendar yang gugur dan perjalanan hidup yang berliku dan bersimpang siur memisahkan aku dengan mereka-mereka ini. Hanya kadang kala tiba di suatu persimpangan mungkin ada yang bertemu kembali dengan berbagai-bagai cerita yang berbeza. Ada juga yang pergi tak kembali lagi.

 Woi!! tiba-tiba aku emo kenapa ni? Sebenarnya aku nak cerita pasal apa? Ramai orang yang sangat istimewa dalam hidup aku cuma yang aku nak khabarkan ini, seorang ini, satu-satunya yang paling teristimewa yang teratas di antara yang lain iaitu..please welcome my my my dearest buah hati...ANAS!
Yang lain jangan jealous ye..love you too!

Kenapa Anas tersangat-sangat istimewa dari anak-anak aku yang lain? Sebab.. dia memang istimewa! Anak-anak yang lain dah tak boleh marah dan tak boleh jealous kalau ada apa-apa pasal  Anas. Anas!..Anas!..Anas!..semuanya Anas!. Sebab dia orang dah faham sangat siapa Anas ni. Bukan aku nak minta atau meraih simpati atau memberi publisiti glamour untuk Anas di atas apa yang aku nak ceritakan ini. Cuma aku nak sesiapa yang baca kisah ni boleh menjadi panduan atau ikhtibar diri masing-masing. Niat aku cuma nak berkongsi sahaja dan selebihnya nilai sendiri.

Anas..anak nombor 5 aku..(yang terakhir kot..hee..hee..cam tak sure je..ialah tu.) Dari mula lahir dia memang lain dari anak-anak yang lain. Lahir secara ceaserean..yang lain normal. Doktor decided nak belah perut aku sebab jantung dia dah lemah. Tak boleh tunggu dah walaupun masa tu aku dah atas katil kat labour room. So..sign sendiri surat mati. Lepas tu dok kat ICU PPUM seminggu sebab komplikasi jantung yang lemah dan hanya bergantung pada mesin hayat. Doktor kata peluang hayat dia cuma 20% je sebab 80% bergantung pada mesin. Masa ni x boleh cakaplah perasaan cam mana. Mula-mula aku menangis gak lepas tu pelan-pelan belajar untuk menerima dugaan Allah ini.

Masa pantang aku tak macam orang dalam pantang. Berulang-alik ke hospital 2 3 hari sekali tengok Anas. Husband  aje yang tiap-tiap hari pegi hantar susu ibu untuk dia sebab doktor kata baby akan dapat imunisasi yang lebih kuat kalau minum susu ibu. Turun naik tangga dari tingkat 3 dengan keadaan perut yang masih berbisa. Pergi hospital, pegi rumah bidan kat Klang untuk berurut. Diri sendiri kena fikir juga. Badan kena jaga. makan minum masih berpantang seperti biasa cuma kena keluar-keluar tu tak dapat dielakkan. Kalau aku tak kuat sapa nak jaga anas nanti?  You all kat luar tu tak payah lah angan-angan nak bersalin ikut tingkap ni. Menyiksakan! Bersalin normal sakitnya cuma masa tu je tapi kalau ceaser berbulan-bulan.

Seminggu kat wad ICU Anas dah boleh bernafas sendiri cuma tiub kat hidung tak tanggal lagi. Lepas tu pindah wad biasa. Alhamdulliah! Cuma cabaran bagi aku nak jaga Anas dengan keadaan jahitan yang masih baru diperut. Nyonya kat sebelah katil aku  tu terkejut badak bila tau aku baru je seminggu lepas ceaser dah berjalan ke sana ke mari. 3 hari selepas tu dah boleh keluar bila Anas menunjukkan perubahan positif. Boleh menyusu sendiri tanpa menggunakan tiub. Anas masa kecil aku dah nampak keistimewaannya yang tersendiri. Dia baby yang tak comel tapi handsome! Kulit putih bersih. Yang jelasnya..hidung dia tercatuk! Itu yang aku nampak mula-mula sekali. Kawan-kawan ramai yang kata baby handsome.

Lepas tu dia macam baby yang lain. Membesar bagai johan. Maksud aku meniti fasa-fasa pertumbuhan seorang baby. Boleh mengiring, meniarap sambil kepala tegak macam kura-kura. Cute sangat! Mulut dah mula ba..ba..ba.. dengan macam-macam bunyi. Ketawa bila diagah. Senyum bila diacah. Tapi semua tu tak lama. Umur Anas masuk 6 bulan aku diuji lagi. Maha suci Allah yang mengetahui segala yang tersirat. Agaknya Allah nak bagi kekuatan jiwa dan rohani aku dengan ujian ini. Atau ini sebagai kifarah atas dosa-dosa lalu yang tak aku sedari dan ingati.

Apa ujiannya? Nanti aku story lagi ye..bersambung pulak dah.


IR :  Anas..anugerah terindah.

Wednesday, October 27, 2010

Apa ada pada nama.


Biasa dengarkan ayat tu? Biasalah..apa ada pada nama. Pada aku sangat besar maknanya lebih-lebih lagi nama aku yang ada iras-iras nama glamour gitu...hee..hee..bukan perasan tapi reality.

Tapi sebelum tu, aku panjatkan rasa syukur..Alhamdullilah kepada Alah s.w.t sebab akhirnya aku berjaya juga mencreate blog sendiri untuk kesekian kalinya. Aku harap siapa-siapa yang lalu dan singgah, yang lepak-lepak kat blog aku ni mendapat manafaat dan kebaikan, panduan dan rujukan atas sesuatu yang aku khabar dan kongsikan untuk semua. Aku rasa itu semua harapan blogger2 yang mula-mula berekspresi dengan blog masing-masing. Yang buruk dan hodoh itu dari aku dan yang baik dan indah itu tentunya dari Allah s.w.t.

Ok..pasal nama tadi. Dulu-dulu dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah aku tak berapa gemar sangat ngan nama aku ni. Bila aku kenalkan diri."Nama saya Rossitah". "My name is Rossitah". Reaksi yang aku terima ialah.."ooo..Rozita". Aku hanya mampu senyum kelat aje. Dalam hati tertanya-tanya weird sangat ke nama aku ni? "ya..Rozita" aku mengiyakan aje sebab dah malas nak membetulkan 'pronounsation' dia orang. Masa tu mula lah menyalahkan emak abah sebab letak nama yang aku rasa tak ada orang pakai nama tu. Namun segala-galanya berubah bila aku mula mendengar nama Paulo Rossi. Kenal siapa Paulo Rossi? Dia aku ingat tak ingatlah..rasanya bintang bolasepak Italy tahun 80an. Masa tu demam piala dunia. Bila sebut je nama dia yang terlintas kat kepala aku ni.."eh..nama dia ada iras-iras nama aku lah". Hmm..not bad!Sedap gak nama Rossi tu. Ada bunyi Italy sikit.  So stat dari situ aku mula menyukai nama aku. Dan sejambak terima kasih pada kak Nora masa di asrama dulu yang memberi ilham untuk aku terus melekat dengan nama Ita Rossi sebagai nicknamed sampai sekarang. Kak Nora punya nicknamed ARON. Diterbalikkan dari nama NORA. So sweet! Untuk mak abah thanks alot untuk nama yang indah ini.

Nowdays, nama semakin unik dan panjang. Payah lidah nak menyebut. Boleh terkehel gitu. Tak payah aku listkan nama-nama yang pelik-pelik dan panjang sebab sejujurnya aku sendiri tak tau nak menyebutnya. Gandingan  2 nama yang berirama memang cantik dan sedap didengar seperti  Emil Emilda, Reen Rania dan banyak lagi. Kalau nama yang panjang-panjang tu akhirnya akan disebut pendek juga. Maksud aku panggilan seharian seperti Rahmah jadi Mah atau Kamariah jadi Kay. Nama yang panjang pun menurut orang-orang tua akan 'memberatkan' diri yang empunya nama. Tak tergalas dik oii! Atau kata lain tak serasi. Satu lagi nama yang boleh buat tok iman fikir lebih 10 kali bila nak baca talkin sebab confuse islam ke tak. Atau pun menyusahkan tok kadi bila nak akad nikah. Masa ni tok kadi yang berpeluh bukannya pengantin. Masa nak baca talkin lagilah punya tergeliat lidah nak sebut. Apa-apa pun masing-masing ada hak sendiri untuk mencantikkan nama anak masing-masing. Cuma aku mengkhabarkan pesanan sahaja. Jangan ada yang terasa.

Nama anak-anak aku sendiri ada 3 nama di hadapan sebelum nama ayahnya yang cuma 1 nama itu saje. Last-last pun panggil satu nama aje dari yang 3 tu. Amirul, Faiz, Sofea, Imaan dan Anas. Ada juga anak sekarang yang pandai komplen nama dia orang tak best macam anak aku Sofea aka kak cik. "kenapa mama tak letak nama kita Siti Nurhaliza ke (sedap ke nama tu?) Amanda ke Zulaikha ke Natasha ke"..and bla..bla..bla..
Aku tak marah. Diam aje sebab aku dah experienced benda ni. Tak pe lah kak cik. Satu hari nanti kak cik akan temui keindahan nama Nurul Fitri Sofea itu.

So, you all. Rasanya enough for today as my first entry. Ada banyak cerita kat kepala ni nak dikhabarkan cuma masa terlalu berharga untuk seorang Ita Rossi ini.



Ir : Nama mu tetap di hati.